Kredit foto: Instagram Khalis

Siapa Khalis? Pemilik nama penuh Muhammad Khalis Md Shari ini merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.

Beliau menceburi dunia nyanyian sebagai penyambung kepada legasi abangnya, Allahyarham Achik yang suatu ketika dahulu pernah dikenali menerusi kumpulan Spin sebagai vokalis.

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Muhammad Khalis bin Md Shari.
  • Menggunakan nama komersial, Khalis.
  • Berumur 33 tahun.
  • Kelahiran Negeri Sembilan.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi.
  • Antara lagu popularnya termasuk Selalu Rindu, Semakin Rindu (bersama kumpulan Real Spin), Seperti Dulu (duet bersama Awis Spin) dan Teman (menampilkan Rain).
  • Mengumpul 54,000 pengikut di laman Instagram atas nama akaun @khalisshari88.

Fakta Menarik

  • Namanya mula meledak pada April 2018 selepas tularnya video nyanyian beliau ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat telekomunikasi di Seremban, Negeri Sembilan.
  • Sudah berkahwin yang mana dia bersama isterinya mempunyai tujuh orang anak bernama Muhammad Zaidy, Siti Rusnaida Umierah, Rozanna, Muhammad, Siti Nurisyah, Natasya Farhana dan Nurul Syafiqah. Mereka berusia dari 9 hingga 20 tahun yang mana tiga daripadanya adalah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara yang dibela Khalis sejak kecil iaitu anak kepada kakak iparnya yang kematian suami.
  • Antara pekerjaan lain yang pernah dilakukan Khalis untuk menyara keluarga termasuk menjalankan perniagaan di pasar malam.
  • Kumpulan Real Spin yang pernah dianggotainya sebagai vokalis ditubuhkan pada tahun 2016, turut disertai dua anggota lama Spin iaitu Azren dan Aidel, termasuk seorang anggota baru iaitu Aiman.
  • Kesemua 10 orang adik-beradiknya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
  • Lain-lain adik beradiknya yang juga bergelar penyanyi termasuk arwah Achik Spin (abang), Tajul Ariff (adik), Beby Acha (adik) dan Awis (abang).
  • Tidak menolak untuk berpadu suara dengan adik bongsunya, Tajul jika diberi peluang.
  • Status terkini kesihatannya menjadi persoalan selepas satu akaun Facebook memuat naik fotonya yang berwajah pucat dan bertubuh kurus sedang didukung seseorang untuk dimasukkan ke dalam kereta dipercayai sebelum dihantar ke hospital.
  • Menurut adiknya, Tajul, Khalis kini sedang menderita sakit dan dirawat di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan sejak Rabu malam. Tajul yang enggan mendedahkan penyakit abangnya itu, mengatakan Khalis mula tidak sihat sejak empat atau lima hari lepas.

Baca: Biodata Achik Spin

Baca: Biodata Tajul Ariff, Adik Achik Spin

Baca: Biodata Beby Acha, Adik Achik Spin

Baca: 10 Foto Terkini Isteri Dan Anak-Anak Achik Spin.. Ada Iras Bapanya

Gambar

khalis

isteri khalis spin

adik achik spin 31

khalis sakit

khalis real spin

khalis the real spin

khalis spin

khalis adik achik spin

adik beradik achik spin 378

khalis spin sakit

Kredit foto: Instagram Khalis

     

Video

Kredit video: Real Spin - SEMAKIN RINDU (Official Music Video by MeaTech College Students)

Sumber:

1. 'Tak kisahlah kerja pak guard pun...'

2. 'Kenapa nak malu jadi jaga?'

3. Adik Kongsi Kata-Kata Arwah Achik Dalam Mimpi

4. Khalis abang Tajul derita sakit, badan jadi kurus kering... wajah lesu dan pucat




Hakcipta iluminasi.com (2017)