Kredit foto: Instagram Farit Ismeth Emir

   

Farid Ismeth Emir merupakan seorang personaliti televisyen dan penyampai berita veteran yang berkhidmat di stesen penyiaran awam milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau juga merupakan bapa kepada komposer terkenal, DJ Fuzz.

   

Biodata

  • Pemilik nama Farit Ismeth Emir.
  • Lahir pada 26 Oktober 1954.
  • Berumur 66 tahun (2020).
  • Berasal dari Teluk Intan, Perak.
  • Dikenali sebagai penyampai berita televisyen yang berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Noor Ashikin Othman, seorang pensyarah universiti dan pakar pemakanan. Beliau mempunyai tujuh orang anak yang mana salah seorangnya merupakan pemuzik, komposer dan DJ popular masa kini, Farzwa De-Attahir Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.
  • Hayat beliau berakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 20 April 2020 akibat kanser paru-paru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Ismal Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya.

    

Baca: Biodata Komposer DJ Fuzz, Anak Penyampai Berita Farit Ismeth Emir 

Baca: DJ Fuzz Dedah Kisah Sebelum Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Baca: Farit Ismeth Emir Dikatakan Bapa Kandung Isteri, Ini Penjelasan Sebenar Fazley Yaakob! 

     

Fakta Menarik

  • Pernah menjadi penyumbang suara dalam iklan rokok Dunhill di mana skrip beliau yang berbunyi, “Gaya, mutu dan keunggulan” pernah menjadi sebutan ramai suatu masa dahulu.
  • Sering mengetengahkan kata-kata mutiara sebagai penamat segmen Berita Dunia Jam 10 yang dikendalikannya sejak tahun 1990-an.
  • Kerjayanya sebagai penyampai berita seangkatan dengan nama-nama besar seperti Allahyarham ialah Salasiah Zakaria, Harjit Singh Hullon dan Mary Anne.
  • Turut dikenali dengan nama panggilan 'Pak Ngah' di kalangan rakan sekerja RTM.
  • Sudah berkhidmat di Jabatan Penyiaran Malaysia itu sejak lebih 30 tahun yang lalu.
  • Sebelum terbabit dalam bidang penyiaran, beliau terlebih dahulu bekerja dalam bidang perhotelan .

    

Foto

farit ismeth emir

farit ismeth emir meninggal

instagram farit ismeth emir

wikipedia farit ismeth emir

farit ismeth  

Kredit foto: Instagram Farit Ismeth Emir

    

Video

Kredit video: 20 APR 2020 BERITA TGH HARI- KEMBALI KE RAHMATULLAH - FARIT ISMETH EMIR MENINGGAL DUNIA

   

Sumber:

1. Portal Berita Radio Televisyen Malaysia

2. Wikipedia Farit Ismeth Emir

3. Wikipedia DJ Fuzz

4. Penyampai berita RTM Farit Ismeth Emir meninggal dunia

5. Farit Ismeth Emir meninggal dunia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)