Kredit foto: Instagram Khairul Rizuan Azizan

Siapa Khairul Rizuan Azizan? Selain dikenali sebagai penyampai berita di slot Buletin Utama TV3 Jam 8 Malam, figura ini juga menjadi tular baru-baru ini selepas terlibat dalam insiden diseret ketika mengejar penjenayah - dalam satu kes samun.

Jom kita berkenalan lebih rapat dengan personaliti televisyen kelahiran negeri Perak ini.

   

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenar: Khairul Rizuan Azizan

Nama komersial: Khairul Rizuan

Umur: 34 tahun (2022)

Tarikh lahir: 24 Januari 1988

Tempat lahir: Perak

Asal: Pahang

Keluarga: Azizan (bapa) dan Hamsiah Badosman (ibu)

Pendidikan: Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Jurusan Komunikasi Massa Pengkhususan Dalam Kewartawanan

Kerjaya: Pembaca Berita

Instagram (IG): @qhyrolridzuan

Fakta Menarik

1. Anak keempat daripada tujuh orang adik beradik.

2. Kelahiran negeri Perak, namun dibesarkan di Pahang.

3. Pekerjaan pertamanya adalah di kedai serbaneka 7-Eleven dengan gaji bulanan sebanyak RM500!

4. Gemar meluangkan masa melancong untuk mempelajari budaya dan bahasa masyarakat di destinasi yang dikunjungi.

5. Kuat makan, penggemar kopi dan pencinta kucing.

6. Dari segi gaya hidup, Khairul suka mencuba sesuatu yang 'adventurous' seperti aktiviti selam skuba dan mendaki bukit, selain berjoging, bersenam di gimnasium, menonton filem, karaoke dan shopping.

7. Selesa mengenakan jeans.

8. Telah sedekad berkhidmat bersama TV3.

Gambar

khairul rizuan azizan

khairul rizuan

khairul rizuan azizan tv3

penyampai berita khairul rizuan azizan

khairul ridzuan penyampai berita

khairul ridzuan azizan

khairul ridzuan

penyampai berita tv3

penyampai berita khairul ridzuan azizan

Kredit foto: Instagram Khairul Rizuan Azizan

Video

Kredit video: Suspek Cubaan Rompak Penyampai Buletin Utama Ditahan

Sumber:

1. Q.H.Y.R.O.L.R.I.D.Z.U.A.N SEKADAR UNTUK BERCERITA...

2. Facebook Khairul Rizuan Azizan

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)