Kredit foto: Instagram Ras Adiba Radzi & Instagram @lin_elier

   

Siapa Zalina Azman? Nama bekas personaliti TV yang sinonim dengan program terbitan TV3, Money Matters, tidak asing lagi dalam dunia penyiaran sekitar 1990-an.

Zalina yang juga dipanggil Zal pernah menjadi rakan seangkatan dengan ikon penyiaran terkemuka tanah air antaranya ialah personaliti seperti Wan Zaleha Radzi, Sharifah Shawati, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Ezzah Aziz, Dang Suria Zainurdin, Zakiah Anas, Datin Nor Azlina Redzuan, Aziah Jasmin Azizul Hassan, Kamaruddin Mape, Zahir Kelvin Ong Abdullah dan ramai lagi.

Butiran lanjut profilnya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

    

Biodata

Nama penuh: Zalina Shaharah binti Azman

Nama komersial: Zalina Azman

Umur: 58 tahun

Bangsa: Melayu

Tinggi: 158 sentimeter (cm)

Berat: 60 kilogram (kg)

Keluarga: Mikhail Norman (anak), Anzarryn (anak)

Pendidikan: Kelulusan Sarjana Kewartawanan

Kerjaya: Bekas pembaca berita, pengacara dan personaliti TV

Instagram (IG): Tiada laman sosial

Latar Belakang

1. Berkhidmat di stesen televisyen TV3 sejak 1990.

2. Telah memikul tanggungjawab menyampaikan berita dalam bahasa Melayu dan Inggeris, serta mengacarakan program Money Matters.

3. Diberi peranan sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-15 dan ke-16 pada tahun 2000 dan 2001, bersama rakan seangkatannya, Aidil Abdul Ghafar.

4. Pernah menemu bual bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, selain bintang Hollywood terkenal seperti Beyonce dan Britney Spears.

   

Fakta Menarik

1. Berkulit hitam manis dan kurus.

2. Berkahwin dengan suaminya, Datuk Anuar Adam, tetapi dikhabarkan sudah bercerai.

3. Pernah diberi jolokan sebagai ‘hos wanita paling glamour’.

4. Pada tahun 2002, beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Kewartawanan selama setahun di London.

5. Meminati bakat pengacaraan hos terkenal, Ally Iskandar dan Fara Fauzana.

6. Selepas bersara daripada dunia penyiaran, Zalina telah menghasilkan beberapa buah buku, antara tajuk yang ditulisnya ialah Mystical Mangla dan V for Vintage, bermula dari tahun 2005.

7. Selepas tamat perkhidmatan di TV3, dia dikatakan telah menyepikan diri dan mula menjalani kehidupan privasi.

Zalina Azman Dilaporkan Hilang

Pada 29 November 2021, laporan polis dibuat oleh anak Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan Zalina sejak November 2021.

Mikhael sebelum ini menghubungi Zalina sejak 24 November 2021 untuk memaklumkan bahawa datuknya telah dimasukkan ke hospital, tetapi usahanya tidak berjaya.

Pada 29 November 2021, Mikhael dan bapa saudaranya mengunjungi rumah Zalina yang dipercayai tinggal bersendirian di Seksyen 3, Shah Alam.

Mereka menemui kereta Zalina di kawasan rumah, namun keadaan di rumahnya kucar-kacir. Mereka menemui beg duit Zalina yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta dan wang tunai bernilai RM600. Namun Zalina tidak ditemui selepas semua usaha mencari dijalankan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat segera memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Gambar

zalina azman hilang

zalina shaharah azman 1 hd

zalina shaharah azman 2 hd

zalina azman hilang 3 hd

zalina azman tv3 hd

zalina azman suami

zalina azman kahwin

zalina hilang

zalina azman

rumah zalina azman  

Kredit foto: Instagram Ras Adiba Radzi & Instagram @lin_elier

Video

Kredit video: Rumah Zalina Seperti Sudah Lama Ditinggalkan

Sumber:

1. Zalina Azman: Menulis buku selepas bersara bukan 'trend'

2. Bekas personaliti TV3, Zalina Azman hilang sejak November

3. 'Pelukan terakhir beri bayangan kesedihan Zalina'




Hakcipta iluminasi.com (2017)