Kredit foto: Instagram DJ Fuzz

    

Farzwa De-Attaher Emir Farit atau nama popularnya, DJ Fuzz merupakan seorang komposer, pemuzik dan DJ yang pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew.

Bapanya, Farit Ismeth Emir merupakan penyampai berita terkenal yang pernah berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Farzwa De-Attaher Emir bin Farit.
  • Menggunakan nama komersial, DJ Fuzz.
  • Kelahiran Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada 13 Julai 1977. Kini berumur 43 tahun.
  • Anak sulung daripada empat orang adik-beradik.
  • Berkelulusan dalam jurusan perakaunan daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
  • Seorang komposer, pemuzik dan DJ yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2000 dengan memperjuangkan genre muzik hip hop.
  • Deretan album yang pernah dikeluarkannya ialah Mixology pada tahun 2005, KO The Mixtape (bersama Malique; 2009), Mixology 3 (2014) dan This is The Mixology Music Vol. 1 (2014).
  • Antara penyanyi yang mendapatkan khidmatnya sebagai komposer termasuk Waris, Malique, Mark Adam, Juzzthin, Bibi Qairina dan Wani Kayrie.
  • Berkahwin dengan Nawal Rafeza Zulkifli dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mahmoud Jordan Emir.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @officialdjfuzz sehingga kini mencapai hampir 100,000 pengikut.

       

Baca: Biodata Penyampai Berita, Farit Ismeth Emir Yang Meninggal Dunia

Baca: DJ Fuzz Dedah Kisah Sebelum Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Baca: Farit Ismeth Emir Dikatakan Bapa Kandung Isteri, Ini Penjelasan Sebenar Fazley Yaakob! 

    

Fakta Menarik

  • Merupakan pemilik syarikat rakaman muzik, Mixology Music.
  • Pernah menganggotai kumpulan hip hop, Teh Tarik Crew.
  • Anak kepada Farit Ismeth Emir yang merupakan penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga ahli perniagaan. Manakala ibunya, Noor Ashikin Othman merupakan seorang pensyarah universiti dan pakar pemakanan.
  • Bapanya meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 20 April 2020 akibat kanser paru-paru.
  • Bekas pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria.
  • Kerap meraih pencapaian cemerlang dengan kedudukan nombor satu sewaktu zaman persekolahannya.
  • Bergiat dalam sukan taekwondo dan pernah mewakili sekolah hingga ke luar negara.
  • Pernah bermain dalam kugiran pancaragam sekolah dan bermain bagpipe yang mana pasukan pancaragam sekolahnya sering diundang untuk menjayakan acara perbarisan seperti di Dataran Merdeka.
  • Menyara kehidupan sebagai penyambut tetamu hotel dan pelayan restoran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1994.
  • Sewaktu memohon ke Playaz Universe iaitu sekolah DJ pertama Malaysia, beliau memulakan langkah awalnya dalam bidang muzik pada 1999 dengan menjadi seorang DJ.
  • Beliau kemudian menyertai Kumpulan Teh Tarik Crew (TTC) yang ditubuhkan pada 1999 yang antara lain dianggotai Mizz Nina, Altimet dan Fiquetional di mana pembabitannya menerusi penerbitan tiga buah album iaitu Are We Rap Stars Now pada 1999, How's The Level? (2001) dan What's Next? (2004).
  • Bergerak secara solo selepas TTC berpecah pada 2007.
  • Pernah menubuhkan Mixology Deejay Academy untuk mengajar mereka yang berminat menjadi deejay.
  • Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang gemar membaca, melancong dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
  • Meminati muzik, perniagaan serta apa sahaja bidang yang menarik perhatiannya.
  • Pelbagai pengiktirafan diraih sepanjang penglibatan sebagai anak seni termasuk merangkul kemenangan dalam kategori Album Terbaik Hip Hop dan Lagu Terbaik Hip Hop di Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu "Cerita Kedai Kopi" kolaborasi bersama Malique.

    

Foto

dj fuzz

wikipedia dj fuzz

instagram dj fuzz

keluarga dj fuzz

farit ismeth emir 749

anak farit ismeth emir

siapa dj fuzz

keluarga farit ismeth emir

profil dj fuzz

lagu dj fuzz

Kredit foto: Instagram DJ Fuzz

    

Video

Kredit video: DJ FUZZ - #MuzikDariRumah Showcase

    

Sumber:

1. Wikipedia DJ Fuzz

2. DJ Fuzz Tanggung Risiko Ambil Empat Artis Baharu

3. Farit Ismeth Emir meninggal dunia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)