Oleh pada 21 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Fazley Yaakob

    

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjelaskan bapa isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz iaitu Abdul Aziz Nong Chik masih lagi hidup dan berada dalam keadaan sihat.

Ia sekaligus menyangkal salah faham di kalangan netizen yang mendakwa kononnya Allahyarham Farit Ismeth Emir adalah bapa kandung kepada isterinya.

"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Farit Ismeth Amir. Doa kami agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

"Perlu juga saya perbetulkan tanggapan ramai orang yang turut menyampaikan ucapan takziah buat saya dan isteri saya Azrene kerana menyangkakan bahawa arwah adalah ayah kandung beliau.

"Terlalu banyak ucapan takziah yang hadir di dalam Whatsapp kami sekeluarga. Sebetulnya ayah kandung Azrene masih lagi hidup dan sihat, dan namanya ialah Abdul Aziz Nong Chik. Yakni, wali yang menikahkan saya dan Azrene 14 tahun yang lalu," katanya dalam kenyataan yang dikirim di laman Instagram.

     

Baca: Biodata Penyampai Berita, Farit Ismeth Emir

Baca: Biodata Komposer DJ Fuzz, Anak Farit Ismeth Emir

      

farit ismeth meninggal 993

Kredit foto: Instagram Fazley Yaakob

    

Di kesempatan sama, Fazley merakamkan ucapan takziah kepada anak Allahyarham iaitu penyanyi dan komposer terkenal, DJ Fuzz.

Fazley berkata, niatnya mengutarakan perihal itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan netizen.

"Saya mohon maaf buat keluarga arwah sekiranya post ini mengganggu emosi kalian semua.

"Niat saya hanya ini memperbetulkan kekeliruan yang berlaku Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya. Buat sahabat saya DJ Fuzz, moga tabah menghadapi dugaan ini," tulisnya lagi.

Semalam, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 11 pagi, selepas menghidap penyakit kanser paru-paru.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya.

Farid Ismeth Emir, 66, sebelum ini dikenali sebagai penyampai segmen Berita Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an.

    

Sumber berita: Fazley Yaakob perbetul salah faham, Farit Ismeth Emir bukan bapa kandung isteri - “Ayah Azrene masih hidup dan sihat”

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)