Kredit foto: Instagram @hawarizwana

Biodata

1. Nama penuhnya, Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan. 

2. Lahir di Illinois, Amerika Syarikat pada 7 September 1995.

3. Berusia 24 tahun (2019).

4. Berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Anak kedua daripada tiga beradik. Mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki.

7. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, SM Sains Muar dan asasi undang-undang UiTM Shah Alam.

8. Berkelulusan Sarjana Muda Kewartawanan daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.

9. Bapanya, Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman merupakan bekas pengacara program bual bicara pagi, Selamat Pagi Malaysia (SPM) sekitar era 90-an.

10. Gara-gara wajahnya yang seakan-akan pelakon Neelofa, beliau pernah menjadi tular di laman sosial.

11. Sebelum ini bertugas sebagai penyampai Berita TV9 dari tahun 2016 hingga 2018 sebelum beralih sebagai penyampai Buletin Utama TV3.

12. Juga dikenali sebagai Instafamous. Gemar memuat naik video menari dan masakan di Instagram.

13. Belum bersedia menjadi pelakon kerana ingin memberi fokus terhadap bidang penyiaran dan kewartawanan terlebih dahulu.

         

Fakta Menarik

  • Pernah mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran menerusi program Wanita Hari Ini (WHI).
  • Dalam bidang tarian, beliau pernah mewakili negara untuk sebuah persembahan di Hungary. Turut menduduki tangga kedua di Festa Mukal peringkat antarabangsa yang berlangsung di Labuan.
  • Hobinya melukis khususnya berkaitan fesyen baju, menari, memasak, membaca buku dan menaiki basikal.
  • Meminati Neelofa kerana beranggapan selebriti itu bukan sahaja berkarisma, malah bijak dalam bidang keusahawanan.

    

Baca: Biodata Marsila Hassan, Pembaca Berita TV3

Baca: Biodata Azaria Tagaya, Pembaca Berita TV3

    

Foto

biodata hawa rizwana redzuan penyampai berita buletin tv3 2

biodata hawa rizwana redzuan penyampai berita buletin tv3 3

biodata hawa rizwana redzuan penyampai berita buletin tv3 4

biodata hawa rizwana redzuan penyampai berita buletin tv3 5

biodata hawa rizwana redzuan penyampai berita buletin tv3 6

Kredit foto: Instagram @hawarizwana

Video

Kredit video: Youtube MHE TV

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Harian Metro

4. Glam Lelaki




Hakcipta iluminasi.com (2017)