Kredit foto: Instagram @alifjohan

   

Muhammad Syakir Alif bin Johan Nawawi atau juga dikenali sebagai Alif Johan merupakan seorang penyanyi remaja atau 'BBNU' di Malaysia.

Alif Johan juga merupakan anak kepada Allahyarham Johan Nawawi dan penyanyi lagenda, Nora Ariffin.

Beliau meninggal dunia pada 14 Disember 2019 sewaktu berada di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor selepas rebah dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi. Menggunakan nama pentas, Alif Johan.

2. Berusia 20 tahun (2019).

3. Berasal dari Selangor.

4. Anak kepada pasangan penyanyi Nora Ariffin dan komposer lagenda, Allahyarham Johan Nawawi.

5. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

6. Pelajar tahun akhir bidang perfileman di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

7. Merupakan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2019.

8. Bakatnya dicungkil daripada program realiti Mentor Milenia 2019 di TV3 meskipun hanya tersenarai sehingga peringkat Top 20 protege.

9. Laman sosial Instagramnya, @alifjohan sehingga kini sudah mengumpul lebih 14,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Aktif menyertai pelbagai pertandingan nyanyian.
  • Meminati dunia seni suara sejak zaman kecil yang mana beliau menyifatkan bakatnya diwarisi daripada kedua ibu bapanya.
  • Juga mempunyai bakat dalam bidang penciptaan lagu.
  • Ingin menjadi penyambung legasi keluarga dalam bidang muzik memandangkan abangnya tidak berminat, manakala adiknya pula masih di bangku sekolah.
  • Bapanya, komposer Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun kerana serangan jantung.
  • Pada 6 Disember lalu, beliau menerusi Instagram berkongsi rakaman video kemenangan meraih gelaran juara pertandingan Clash of the Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), dengan membawakan lagu Salam Terakhir.
  • Pernah berdepan masalah obesiti hingga mencecah 130 kilogram sebelum mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatric dan berjaya menurunkan berat sebanyak 40 kilogram dalam beberapa bulan.

   

Foto

anak nora

anak nora meninggal dunia

alif johan mentor

anak nora ariffin

nora ariffin

mentor milenia 2019 67

alif johan meninggal

Kredit foto: Instagram Alif Johan & Instagram Nora Ariffin

     

Video

Kredit video: Kemarin - Alif Johan l Minggu 2 | Mentor Milenia 2019

   

Sumber:

1. "Mahu Sambung Legasi Keluarga" - Anak Nora & Johan Nawawi Terpilih Sertai...

2. Nafi Guna ‘Kabel’, Nora Ariffin Terkejut Alif Johan Sertai Mentor Milenia

3. “Allah uji saya lagi...” - Anak Nora Ariffin meninggal dunia selepas rebah di rumahnya

4. Anak kedua Nora meninggal dunia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)