Kredit foto: Instagram Lok U (Faizal Uzir)

     

Pemuzik terkenal tanah air, Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham mengalami sesak nafas sebelum rebah sebaik tiba di rumah, selepas pulang dari melakukan aktiviti joging.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Takziah daripada kami.

    

Biodata Lok U

1. Pemilik nama Faizal Uzir. Menggunakan nama komersial, Lok U.

2. Berumur 46 tahun (2020).

3. Kediamannya terletak di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor.

4. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai pengarah muzik, pemuzik dan komposer.

5. Mendirikan rumah tangga dengan Jamariah Yusof dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

6. Laman sosial Instagramnya atas nama @faizaluzir sehingga kini mengumpul lebih 14,000 pengikut.

    

Info

  • Pernah bertugas sebagai pemuzik di Petronas.
  • Memegang peranan sebagai pengarah muzik untuk pelbagai program realiti dan rancangan persembahan live di beberapa stesen televisyen, seperti Mentor dan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), termasuk pernah mengiringi persembahan artis-artis ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Aishah dan ramai lagi.
  • Sering mengadili pertandingan nyanyian, termasuk Anugerah Juara Lagu.
  • Baru sahaja memegang peranan sebagai juri profesional separuh akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) yang berlangsung pada November lalu.

    

Meninggal Dunia Pada 22 Januari 2020

  • Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembangan sekitar jam 11 pagi.
  • Menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami sesak nafas sejurus pulang daripada melakukan aktiviti joging.
  • Sebelum pengebumian, jenazah bakal melalui prosedur bedah siasat di Hospital Serdang.

    

Foto

biodata faizal uzir

faizal uzir

lok u

lok u meninggal

faizal uzir meninggal

punca lok u meninggal

anak lok u

loke yew

Kredit foto: Instagram Lok U (Faizal Uzir)

    

Sumber:

1. Pemuzik ternama Lok-U meninggal dunia

2. Pemuzik terkenal, Lok-U meninggal dunia

3. Pemuzik terkenal Lok U meninggal dunia selepas pulang daripada joging

4. Lok-U meninggal dunia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)