Kredit foto: Instagram Adi Putra

     

Adi Putra Abdul Ghani suatu ketika dahulu pernah dikenali sebagai seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam subjek matematik, antaranya melibatkan algebra, indeks dan trigonometri.

Kepintaran luar biasa yang dimilikinya sewaktu usia enam tahun mendapat perhatian banyak pihak, namun hampir sedekad kemudian beliau ‘hilang’ dari radar publisiti atas beberapa faktor.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Adi Putra bin Abdul Ghani. Menggunakan nama komersial, Adi Putra.
  • Kelahiran Bagan Serai, Perak pada 27 Januari 1999. Berumur 21 tahun.
  • Anak kepada pasangan Abdul Ghani Abdul Wahid (bapa) dan Serihana Elias (ibu).
  • Merupakan genius matematik khususnya dalam pengetahuan algebra, trigonometri dan darab (antara 5 hingga 6 digit).
  • Ketika umur enam tahun, beliau pernah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua buah universiti terkemuka dunia iaitu University of Oxford dan Harvard University, namun terpaksa menolak kerana enggan hidup bersendirian tanpa ditemani keluarganya.
  • Pernah mendapat pendidikan di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak pada tahun 2006, namun hanya sekadar tempoh empat bulan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Katanya, sistem pendidikan yang disediakan tidak selari dengan tahapnya kerana menyifatkan dirinya "(dibuat) macam budak darjah satu" dengan perumpamaan "kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil".
  • Beliau meneruskan pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selama dua tahun walaupun tidak berpeluang memegang sijil sah pengajian peringkat A-level kerana faktor usia.
  • Ketika Pesta Pameran Buku Antarabangsa 2011, beliau tampil melancarkan buku pertamanya yang berjudul Seni Matematik Islam.
  • Menggunakan ilmu yang ada untuk membimbing masyarakat menerusi sebuah seminar matematik yang dinamakan sebagai 'Adimatik' anjuran syarikatnya, Adimatik Genius Solutions.
  • Dalam bidang perniagaan, Adi pernah mengeluarkan produk makanan tambahan atas jenama Adi-Q yang telah menimbulkan kontroversi apabila dirampas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana dikatakan mengandungi steroid, namun dakwaan kandungan bahan terlarang itu dinafikan beliau.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @adiputraag sehingga kini mencatatkan lebih 38,000 pengikut.

     

Fakta Menarik

  • Berfizikal tinggi lampai.
  • Nama Adi Putra diberikan kepadanya merujuk kepada nama guru silat pahlawan-pahlawan dalam sejarah melayu di zaman Hang Tuah.
  • Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang gemar memendam masalah serta enggan bercerita kepada insan sekeliling termasuklah orang terdekat.
  • Tidak mempunyai ramai kawan kerana jarang bersosial di luar rumah.
  • Mengakui penat melalui kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja yang berbeza daripada rakan sebaya lain, berikutan rutin yang menuntutnya keluar mengajar dan bekerja, hingga ke satu tahap yang tidak dapat ditanggung.
  • Pengajiannya di peringkat A-level di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Tenaga Nasional.
  • Buku Seni Matematik Islam hasil tulisannya telah diguna pakai oleh kerajaan Brunei sebagai buku rujukan di sekolah rendah dan menengah.

    

Foto

adi putra 968

adi putra matematik 844

keluarga adi putra 955

ibu adi putra 985

adi putra genius 246

instagram adi putra 915

wikipedia adi putra 340

adi putra terkini 423

latar belakang adi putra

profil adi putra

Kredit foto: Instagram Adi Putra

    

Video

Kredit video: Kisah Inspirasi Adi Putra

    

Sumber:

1. Wikipedia Adi Putra

2. Adi Putra Kecewa 'Dianaktirikan'

3. Susah Jadi Adi Putra

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)