Biodata

Nama penuh: Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir

Nama pentas: Faizal Tahir

Tarikh lahir: 26 Oktober 1978

Umur: 41 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, komposer dan penulis lirik

Media sosial: Instagram @faizal_tahir

Fakta Menarik

1. Anak kedua daripada tujuh beradik. Antara adik-beradiknya yang lain ialah Muhammad Fahd bin Mohammad Tahir (Fahd Tahir ), Norainiah Liyana Budriah binti Mohammad Tahir (Aini Budriah Tahir) dan Muhraini Fazira binti Mohammad Tahir (Fazira Tahir).

2. Anak kepada pasangan Muzlipah Aishah Pa’wan Teh dan Mohd Tahir Abdul Rahman.

3. Beliau merupakan adik ipar pengurus stesen radio, Nazri Noran.

4. Ahli perbahasan dalam bahasa Inggeris sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Bukit Gading pada 1995. Juga anggota kumpulan muzik yang ditubuhkan bersama rakan-rakan sekolah.

5. Melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ketika itu menjadi titik awal perkenalan beliau dengan isterinya, Siti Raihanim Noran. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ahmad Mikaeel Zidane (lahir 2003), Siti Raudhah Nur Iman (lahir 2005), Ahmad Rifa'ie Zidane (lahir 18 Februari 2009), Siti Rawdha Nur Jannah (lahir 19 Mac 2011), Siti Nawar Malaika (lahir 2013) dan Khalid Al-Walid (lahir 2015).

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2005.

7. Sebelum bergelar penyanyi solo, Faizal pernah menganggotai kumpulan nasyid, Mirwana.

8. Bergelar naib juara rancangan realiti nyanyian, One In A Million musim pertama.

9. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Mahakarya Cinta, Batu & Golek, Gemuruh, Sampai Syurga, Cuba, Bencinta, Selamat Malam, Adrenalin, Hanyut, Assalamualaikum, Sejati, Ragaman, Kasih Tercipta dan Dirgahayu (duet bersama Datuk Siti Nurhaliza).

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi faizal tahir 2

biodata dan latar belakang penyanyi faizal tahir 3

biodata dan latar belakang penyanyi faizal tahir 4

biodata dan latar belakang penyanyi faizal tahir 5

biodata dan latar belakang penyanyi faizal tahir 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. BH Online

4. Instagram Faizal Tahir




Hakcipta iluminasi.com (2017)