Kredit foto: Instagram Tya Arifin

    

Nurtria Wulandari Arifin merupakan seorang pelakon kelahiran Indonesia yang juga menantu tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Langkah awalnya di persada seni hiburan bermula selepas menjayakan filem Gending Sriwijaya pada tahun 2012 serta menerusi penghasilan lagu Bawalah Aku pada tahun 2013.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Nurtria Wulandari binti Arifin
  • Menggunakan nama komersial, Tya Arifin.
  • Kelahiran Palembang, Indonesia pada 22 Oktober 1994.
  • Berumur 26 tahun.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Anak kepada pasangan Arifin bin Hasan AS (bapa) dan Komariah binti Mahmud (ibu).
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2011 sebagai seorang pelakon dan penyanyi.
  • Kemunculannya di layar kaca menerusi sinetron Jamesbond, Para Pencari Tuhan dan Preman Pensiun, termasuk telefilem Bidadari.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem Gending Sriwijaya, Merry Go Round, Tak Sempurna, King of Rock City, 2014, Earthbound, Garuda Superhero, Gila dan Jiwa serta M.O.X - Misi Operasi X.
  • Selaku penyanyi, beliau pernah mempopularkan single berjudul Bawalah Aku yang diterbitkan pada tahun 2013 dan Bidadari (2016).
  • Menerima pengiktirafan menerusi trofi kategori Pemeran Karakter Wanita Terpuji di Anugerah KPID 2014.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid yang merupakan seorang usahawan dan anak ketiga kepada Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) serta anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 1 November 2015. Sehingga kini pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa yang dilahirkan pada 31 Mac 2017 dan Azzahra Jiwa pada 8 Mei 2019.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @tyaarifinnw sehingga kini mencatatkan lebih 1.4 juta pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Mempunyai rancangan realitinya sendiri yang berjudul In Love With Tya yang memaparkan perjalanan kehidupan dan kerjayanya, disiarkan di saluran Naura.
  • Pernah memegang mandat sebagai juri pertandingan komedi, Maharaja Lawak Mega 2018.
  • Dilantik oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai Ikon Selebriti Penyusuan Ibu pada tahun 2019.
  • Mengusahakan perniagaan jamu berjenama Mutyara Beauty yang diwarisi daripada nenek moyangnya.
  • Mempunyai bakat dalam beatboxing.

    

Foto

tya arifin

isteri asyraf khalid

wikipedia tya arifin

menantu siti nurhaliza

instagram tya arifin

keluarga siti nurhaliza

anak tya arifin

tya arifin jamu

tya arifin bertudung

profil tya arifin

latar belakang tya arifin

Kredit foto: Instagram Tya Arifin

    

Video

Kredit video: BEEF WELLINGTON ALA TYA ARIFIN X MAK ITI | KEJADIAN SETELAH DAPUR HAMPIR TERBAKAR

    

Sumber:

1. Tya Arifin selamat bersalin, namakan bayi kedua Azzahra Jiwa Asyraf

2. Tya terharu ramai ikut petua menyusukan anak

3. Wikipedia Tya Arifin

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)