Biodata

1. Pemilik nama penuh Aisyah Hasnaa binti Umaruddin. Dikenali sebagai Aisya Hasnaa.

2. Lahir pada 22 Ogos 1990 di Subang, Selangor, Malaysia. Kini berusia 29 tahun (2019).

3. Berdarah kacukan Melayu-Pakistan.

4. Anak keenam daripada lapan beradik.

5. Adik kepada Anis Nabilah Umaruddin yang juga merupakan pengacara dan cef selebriti popular.

6. Pernah menuntut di Kolej Universiti Sunway.

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

8. Merupakan pelakon, penyanyi, model dan pengacara.

9. Asalnya bekerja sebagai model sambilan sebelum terjun ke bidang nyanyian dengan single sulung, 'Lagu Mahu Kamu' di bawah label Wake The Baby milik komposer terkemuka, Ajai.

10. Pernah membintangi filem Cerita Satu Malam, Dollah Superstar, Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan, Juvana 3: Perhitungan Terakhir dan Kau Takdirku.

11. Termasuk drama What If, Romi Cinta Julia, Ketupat Palas Mr. Handsome, Percayalah, Jurnal Suraya, Mek Gyver dan Dia Menantu Rahsia.

12. Juga telefilem Kopi Dan Dia, Nota Untuk Sang Awan, Bulan Tiada Madu, Cinta Bulan Disember, Saling, Encik Ustaz, Cinta Kholdi dan Aku Menteri Dapur. Pembabitannya dalam teater menerusi pementasan Mencari Sumaiyah.

13. Sebagai penyanyi, beliau pernah terbit dengan EP 'Aisya Hasnaa' serta single Lagu Mahu Kamu pada 2011, Usah Ditanya (2016) dan Kan Bersamamu (2017).

14. Menerima pencalonan di Anugerah Planet Muzik 2011 untuk kategori Artis Baru Wanita Terbaik dan Festival Filem Malaysia ke-27 untuk Pelakon Harapan Wanita Terbaik.

15. Mendirikan rumah tangga dengan teman persekolahannya, Muhammad Yasir Azizan pada Disember 2017 selepas bertunang pada 2 September 2017.

16. Aisya mula mengenakan tudung selepas abang sulungnya, Adam Emir Umaruddin meninggal dunia pada 6 April 2016 di usia 37 tahun.

Foto

biodata aisya hasnaa pelakon drama dia menantu rahsia 2

biodata aisya hasnaa pelakon drama dia menantu rahsia 3

biodata aisya hasnaa pelakon drama dia menantu rahsia 4

biodata aisya hasnaa pelakon drama dia menantu rahsia 5

biodata aisya hasnaa pelakon drama dia menantu rahsia 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online 

3. Utusan

4. Instagram Aisya Hasnaa

5. Youtube FMC Music




Hakcipta iluminasi.com (2017)