Kredit foto: Instagram Nine (Billy Zulkarnain)

   

Penyanyi Nine daripada kumpulan Billy Zulkarnain merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama rantaian terbaharu, Satukan Rasa diterajui Siti Nordiana dan Khai Bahar.

Drama garapan sutradara Hadith Omar ini bakal menemui penonton pada 4 November 2019 menerusi slot Megadrama, bagi menggantikan 'Demi Rindumu'.

Sama-sama kita nantikan kemunculan bekas bintang Gegar Vaganza musim kelima ini yang akan memegang watak sebagai 'Ben'.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Meor Zulkarnain bin Mohd Zamhuri. Menggunakan nama pentas, Nine.

2. Lahir di Middlesex Hospital, Westminster, London pada 9 September 1982.

3. Berusia 37 tahun.

4. Bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz dari tahun 1999 hingga 2004.

5. Beliau kemudiannya menganggotai duo Billy Zulkarnain bersama Sheikh Ahmad Rabily Sheikh Abdul Rahman atau Billy yang mana kumpulan itu ditubuhkan oleh KRU pada Februari 2005. 

6. Billy Zulkarnain meledak dengan beberapa single hits termasuk Hati Terluka, Kembali Lagi dan Talian Terputus.

7. Pasangan duo itu bagaimanapun hanya bertahan sehingga penghujung 2005 kerana album yang kurang mendapat sambutan.

8. Nine tidak berputus asa memperjuangkan bakat seninya, lalu mengambil bahagian dalam uji bakat rancangan realiti 8TV, One In A Million (OIAM) musim pertama pada 26 Mei 2006.

9. Kerjayanya berkesinambungan menerusi penyertaan dalam kumpulan Ruffedge pada Ogos 2007.

10. Pada 2009, beliau menghilangkan diri daripada radar dunia hiburan apabila Phyne Ballerz tidak lagi begitu aktif, malah Nine sudahpun mendirikan rumah tangga dan memberi fokus penuh kepada pekerjaannya.

11. Kemunculan baharunya mewarnai bidang seni menerusi album 'Selamanya Hilang' di bawah pengurusan Angsana Music, diikuti pembabitan dalam program realiti, Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada 2018 menerusi Billy Zulkarnain yang meletakkan mereka di tangga keenam sewaktu peringkat akhir.

12. Nine yang berkahwin pada 2008 sehingga kini dikurniakan dua orang cahaya mata.

   

Foto

nine billy zulkarnain

billy zulkarnain

kumpulan billy zulkarnain

meor zulkarnain mohd zamhuri

biodata billy zulkarnain

drama satukan rasa

nine phyne ballerz

anak nine billy zulkarnain

isteri nine billy zulkarnain

sinopsis satukan rasa

Kredit foto: Instagram Nine (Billy Zulkarnain)

   

Video

Kredit video: Hati Terluka - Billy Zulkarnan (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Wikipedia Nine Billy Zulkarnain

2. Nine Belajar Aktif Media Sosial Untuk Tarik Perhatian Peminat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)