Biodata

1. Nama lengkapnya, Safura binti Ya'cob, namun popular sebagai Safura Yaakob.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 25 Februari 1973. Kini berumur 46 tahun (2019).

3. Bekerja sebagai penyanyi kelab malam sebelum terbabit dalam dunia seni sejak 1996 sebagai penyanyi, pelakon dan usahawan.

4. Sudah 14 tahun berkahwin dengan pelakon Sahronizam Noor iaitu sejak 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata. Seorang daripadanya bagaimanapun meninggal dunia selepas beberapa hari dilahirkan. Terlebih dahulu, beliau yang mula bergelar penyanyi sebagai ibu tunggal mendirikan rumah tangga dengan penyanyi utama Kumpulan Kool, Hairie Yaacob pada 1998 sebelum memperoleh anak kedua. Begitupun, mereka bercerai pada 2001. Keseluruhannya, Safura mempunyai enam orang anak.

5. Dunia nyanyian tidak asing lagi baginya menerusi lagu-lagu popular bergenre pop seperti Sedalam Mana Cintamu, Kala Cinta Itu Buta, Rinduku Semakin Kuat, Bukan Lupa Tapi Tak Ingat, Jangan Menangis Sayang (duet bersama Oney), Perutusan Hiba dan banyak lagi.

6. Rancak menghasilkan album studio di zaman populariti iaitu Sedalam Mana Cintamu pada 1997, Mencari Mahligai (1998), Selamanya (2001) dan Dia Milikmu (2004). Dua album kompilasi beliau ialah Best of Safura (2003) dan The Essential Safura (2011).

7. Artis syarikat rakaman BMG Music dari tahun 1997 hingga 2003.

8. Juga giat dalam bidang lakonan, pernah membintangi filem Tentang Bulan (2006), telefilem Di Pintu Barzakh (2010) dan Lukisan Kasih (2013).

9. Termasuk drama Platun Harimau (2011), Sakti Delima (2011), Buaian Kasih (2013) dan Cinta Si Egois (2015). Tidak ketinggalan teater Lantai T. Pinkie (2006) dan Gamat (2009).

10. Membolot trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2006 dan Pelakon Wanita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2006, kedua-duanya menerusi drama Hari-Hari Terakhir Seorang Perempuan.

11. Pada 2018, beliau membuat kemunculan semula melalui penyertaan dalam program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5), namun kurang bernasib baik apabila menjadi peserta sulung disingkirkan. 

12. Mula tampil dengan imej bertudung litup pada 2008 iaitu menerusi drama terbitan Sheila Rusly.

Foto

biodata safura yaacob pelakon drama asalkan dia bahagia 2

biodata safura yaacob pelakon drama asalkan dia bahagia 3

biodata safura yaacob pelakon drama asalkan dia bahagia 4

biodata safura yaacob pelakon drama asalkan dia bahagia 5

biodata safura yaacob pelakon drama asalkan dia bahagia 6

Kredit foto: Instagram Safura

Video

Kredit foto: Youtube Budiey Channel

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)