Kredit foto: Instagram Mohamad Sofian (Sofyank)

    

Mohamad Sofian atau lebih dikenali sebagai Sofyank merupakan seorang pereka kandungan digital yang dikenali kerana sering mengubah suai kandungan video unik.

Setiap video yang disuntingnya menjadi tular di kalangan warganet, selain mendapat perhatian daripada personaliti Youtube antarabangsa, Zack King dan pelakon Hollywood, Will Smith.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohamad Sofian bin Abdullah. Dikenali sebagai Sofyank, Sofyank96, Sofian dan Mohamad Sofian.

2. Berumur 23 tahun (2019).

3. Kelahiran Kota Bharu, Kelantan.

4. Anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik.

5. Berkelulusan dalam bidang perakaunan, meskipun kini bekerja sebagai juruvideo di sebuah syarikat swasta.

6. Mula menempa populariti di media sosial selepas video manipulasi suntingannya menjadi tular di kalangan wargamaya.

7. Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @sofyank96 sehingga kini sudah mengumpul lebih 470,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Tidak mempunyai pendidikan formal dalam suntingan video.
  • Mengidolakan penyunting video terkenal dunia, Zach King yang menjadi penyebab dirinya terbabit dalam bidang pengeditan video.
  • Mula menghasilkan video sejak berumur 14 tahun.
  • Sejak 2015, beliau telah menghasilkan lebih 200 video unik.
  • Pada Julai 2019, impiannya bertemu Zach King terlaksana apabila lelaki dari Amerika Syarikat itu mempelawanya sambil menaja penginapan serta pengangkutan di Jakarta, Indonesia. Malah Zach turut menjemput Sofyank ke Los Angeles untuk lawatan ke studio mereka.
  • Antara lain, hasil kerjanya turut mendapat perhatian daripada aktor Hollywood, Will Smith yang memuat naik semula video suntingannya di Instagram.

        

Baca: Senarai Keputusan Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Senarai Calon, Kategori, Undian, Persembahan, Tarikh TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

       

Foto

biodata sofyank

sofyank

sofyank instagram

sofyank96 biography

sofyank96 asal

sofyank96 umur

sofyank96

Kredit foto: Instagram Mohamad Sofian (Sofyank)

    

Video

Kredit video: Neelofa cakap Sofian 'Cute' | MeleTOP | Nabil Ahmad

    

Sumber:

1. Tuah Sofian [METROTV]

2. Tak sangka terima jemputan Zach King

3. Tiada pasport, tak pernah ke luar negara tiba-tiba Zach King DM hantar mesej ajak jumpa, “Kalau tak pergi, mungkin saya akan menyesal”

4. “Wei Sofyank, Will Smith sudah repost video kamu!” - Hasil ‘editing’ anak Malaysia dapat perhatian antarabangsa

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)