biodata cupcake aisyah 993

Kredit foto: Instagram Cupcake Aisyah 

   

Siapa Cupcake Aisyah? Nur Aisyah Mohd Razip atau nama popularnya, Cupcake Aisyah merupakan seorang vlogger dan instafamous yang mencipta nama di platform Youtube dan Instagram.

Populariti diraih di laman perkongsian video dan media sosial itu kemudiannya menjadi ruang untuknya meneroka cabang bidang perniagaan.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nur Aisyah Mohd Razip.
  • Menggunakan nama komersial, Cupcake Aisyah.
  • Berumur 20 tahun.
  • Lahir pada 24 Ogos 2000.
  • Anak kedua daripada dua orang adik-beradik.
  • Menyambung pengajian dalam bidang pengkhususan Digital Media & Communication di University of Wesminster, London.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @cupcake_aisyah sehingga kini mencatatkan lebih 442,000 pengikut.
  • Akaun Youtubenya meraih 395,000 langganan.

   

Fakta Menarik

  • Anak kepada Datin Suhaini Mohamed Noor (ibu).
  • Berperwatakan pemalu.
  • Kerap berkongsi video di laman Youtube dan Instagram yang memaparkan kisah kehidupan sehariannya, cabaran yang dilalui dan rakaman sewaktu keluar melancong.
  • Mula mengumpul peminat sejak usia 12 tahun yang mana ketika itu dirinya aktif memuat naik ‘vlog’ di YouTube.
  • Pernah meraih jualan sebanyak RM25,000 sebulan ketika mengusahakan perniagaan ‘squishy toys’ sewaktu berusia 15 tahun.
  • Ada kalangan pembeli ‘squishy toys'nya yang sanggup membayar sehingga harga RM500 bagi koleksi terhad dan sukar didapati. Jualan hariannya mencecah RM800 hingga RM1,000!
  • Permainan bertekstur span yang dijual dari harga RM5 hingga RM65 itu dibawakannya secara import dari negara Jepun dan China.
  • Meskipun populariti dikecapi, namun dirinya tidak pernah mengabaikan aspek pendidikan dengan memperoleh keputusan cemerlang 5A menerusi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
  • Ibunya menyifatkan beliau sebagai seorang anak yang matang, positif dan sentiasa berfikiran terbuka.
  • Antara lain, beliau turut mengusahakan perniagaan baju-T kain kapas bertemakan kek cawan yang comel disertakan dengan kata-kata yang menarik.
  • Memenangi anugerah Top Lifestyle Influencer Award sempena Influence Asia 2017 yang mana beliau menewaskan calon-calon dari Malaysia yang lain seperti Apple Tan, Luqman Poldoski dan Yusof Hashim.
  • Diiktiraf sebagai Instafamous Paling Ohsem di Anugerah Instafamous 2017, 2018 dan 2019.
  • Majalah Remaja menyenaraikan beliau sebagai antara 25 remaja di bawah umur 25 tahun yang paling menyerlah sepanjang tahun 2017.
  • Selain melancong, Aisyah juga seorang yang obses berfesyen dan gemar memperagakan koleksi pakaian menarik persis seorang model!

   

Foto

cupcake aisyah dulu

abang cupcake aisyah

ibu bapa cupcake aisyah

wikipedia cupcake aisyah

rumah cupcake aisyah

instagram cupcake aisyah 633

cupcake aisyah age

cupcake aisyah profile

nur aisyah cupcake

Kredit foto: Instagram Cupcake Aisyah

    

Video

Kredit video: House Tour

    

Sumber:

1. Remaja 15 tahun bijak berniaga

2. Gempak Star Of The Week; Cupcake Aisyah Vlogger Comel Serba Boleh

3. 25 Remaja Paling Menyerlah 2017

4. Apa Yang Cupcake Aisyah Paling Rindukan Tentang KL Masa Di London?

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)