Kredit foto: Instagram Coki (Danish Daniel)

Siapa tidak kenal dengan personaliti media sosial, Coki atau nama sebenarnya, Muhammad Danish Danieal Shamsaini.

Tidak dinafikan, pengaruh dimiliki Coki cukup kuat di kalangan golongan remaja mahupun kanak-kanak.

 

Pemegang jolokan 'Raja / King Slowmo' yang mengendalikan akaun Instagram (IG) @___.coki ini sehingga kini sudahpun mempunyai lebih 1.2 juta pengikut.

Populariti dimilikinya meledak selepas isu yang mengaitkan namanya dengan peminat Army BTS pada pertengahan tahun lalu.

Tanpa membuang masa, penulis kongsikan 12 fakta menarik mengenai remaja berumur 16 tahun ini yang barangkali ada di kalangan anda yang tidak tahu!

gambar coki 550

Kredit foto: Instagram Coki (Danish Daniel)

1. Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 2005.

2. Mendapat pendidikan secara 'home schooling' iaitu pembelajaran dari rumah. Bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan (2022).

coki 248

Kredit foto: Instagram Coki (Danish Daniel)

3. Menyimpan cita-cita menjadi pelakon sejak darjah enam berikutan minat yang mendalam. Demi melaksanakan impian itu, beliau mula berkongsi video di laman Youtubenya, Coki Production.

4. Menjadikan pelakon Datuk Rosyam Nor dan Wan Maimunah sebagai idola dalam bidang lakonan.

coki tiktok 147

Kredit foto: Instagram Coki (Danish Daniel)

5. Antara drama / telefilem yang pernah dijayakan setakat ini termasuklah Matilah Nak Pontianak, Kifarah Buta dan Penunggu Soldorm, juga filem Petaka (Syurga Ini Milikmu) yang mana kesemuanya ditayangkan di saluran Astro.

6. Akui sukar melakonkan babak menangis ketika menjayakan adegan di atas bot dalam filem Petaka. Beliau bagaimanapun dibantu pelakon senior, Nabila Huda. Beliau membayangkan kesusahan keluarga bagi mengambil 'mood' sedih.

coki wallpaper

Kredit foto: Instagram Coki (Danish Daniel)

7. Menanam niat untuk membantu keluarga, Coki berkecimpung dalam bidang keusahawanan di usia 16 tahun dengan mengusahakan perniagaan satay secara dalam talian, termasuklah menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar Lembah Klang.

8. Ingin berbisnes dengan menggunakan pendekatan idolanya, Ustaz Ebit Lew iaitu dengan membahagikan keuntungan yang diperoleh secara bersedekah.

coki production

Kredit foto: Instagram Coki (Danish Daniel)

9. Hasil daripada pendapatan tahun lalu, Coki menghadiahkan bapanya sebuah kereta baru berjenama Perodua Myvi berwarna biru.

10. Bercadang membeli kereta Ford Mustang yang menjadi kereta idamannya, sekiranya mempunyai rezeki lebih di masa mendatang.

coki umur

Kredit foto: Instagram Coki (Danish Daniel)

11. Beliau kini sudah berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap bersama bapa saudaranya, bagi memudahkan sebarang urusan berkaitan kerjaya seni. Manakala kedua ibu bapanya masih lagi berada di Kedah.

    

12. Bakal menceburi cabang seni nyanyian yang mana beliau mengimpikan peluang untuk merakamkan genre lagu bak penyanyi berkumpulan K-Clique atau Yonnyboii sebagai mengikuti peredaran muzik semasa.

coki instafamous 302

Kredit foto: Instagram Coki (Danish Daniel)

Untuk biodata asas Coki, anda boleh baca artikel: Biodata Instafamous Coki (Danish Daniel), Bintang TikTok Yang Viral

Baca: 10 Gambar Instafamous Coki TikTok (Danish Daniel) Sewaktu Kecil!

Baca: Coki TikTok Dedah Pendapatan Bulanannya!

Baca: Viral! Jom Berkenalan Dengan 6 Instafamous Paling Popular, Termasuk Coki Tiktok!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Penunggu Soldorm (Lakonan Coki)

Baca: Biodata Budak 46

Baca: Biodata Penyanyi Zaki Yamani, Anak Jamal Abdillah

Gambar Coki

coki ig

penunggu soldorm 94

tik tok coki

Kredit foto: Instagram Coki (Danish Daniel)

Kredit video: COKI!!! KENAPA BUAT PAPA SEDIH??!!!

Sumber:

1. Coki popular selepas konflik

2. Selepas jadi kegilaan, Coki bakal bergelar pelakon - “Sejak darjah enam dah pasang impian nak berlakon!”

3. Selepas berlakon, Coki ‘King Slowmo’ TikTok nak menyanyi pula - “Saya nak buat single macam K-Clique dan Yonnyboii”

4. Coki ‘King Slowmo’ nak jadi macam Ebit Lew, buat bisnes sambil sedekah - “Saya sanggup kerja keras... bantu keluarga”

5. Baru 16 tahun, Coki bangga dapat bantu bapa beli kereta, Myvi biru hasil simpanan sejak tahun lalu - “Tak mewah, tak besar tapi saya bersyukur”




Hakcipta iluminasi.com (2017)