Kredit foto: Instagram King Coco

    

Marshaira Ismail atau lebih dikenali sebagai King Coco merupakan Instafamous Malaysia yang kini bergelar Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Marshaira binti Ismail.
  • Menggunakan nama komersial, King Coco.
  • Juga dikenali dengan gelaran 'King Coco Mix'.
  • Berumur 22 tahun.
  • Mendirikan rumah tangga di usia 19 tahun dengan Azrin Anaz Abdul Shukor (Kapten Azrin) dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Kyle Mateen.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @k1ngcoco_1 sehingga kini mencatatkan lebih 450,000 pengikut.

     

Kontroversi

King Coco mula menjadi bualan sensasi pengguna media sosial kerana percakapannya yang dikatakan pelat seperti 'mat saleh' sehingga mendapat jolokan nama 'King Coco Lots Of Mix'.

Mendakwa mempunyai banyak darah campuran dan keturunan, video yang dimuat naiknya menjadi bahan kecaman, meskipun dalam masa sama telah melonjakkan popularitinya.

Pada 1 Januari 2017, beliau sekali lagi diheret kontroversi kerana mengahwini suami orang bernama Azrin Anaz Abdul Shukor atau lebih dikenali sebagai Kapten Azrin (Captain Azrin).

Azrin kemudiannya menceraikan isteri pertamanya, Nor Azura pada awal Oktober 2018 kerana menganggap dirinya tidak sempurna dalam melunaskan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Azrin meletakkan kesalahan pada dirinya sendiri, selain menegaskan hubungan Coco dan Nor Azura berada dalam keadaan baik dan beliau juga bercerai dengan bekas isterinya itu secara baik.

Hasil perkongsian hidup, Coco dan Azrin dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Putra Kyle Mateen pada 8 November 2017.

    

Kemunculan Semula

Pada tahun 2020, Coco mula membabitkan diri dalam dunia politik menerusi penglibatan dalam parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Berdasarkan semakan di Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku mendapati beliau telah berjaya memenangi jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak dengan pungutan 62 undi menewaskan dua calon lain.

Berhubung kerjaya seni, Coco mendedahkan dirinya menerima banyak tawaran untuk membintangi drama, namun terpaksa menolak kerana watak yang kurang bersesuaian, selain fokus hidupnya yang lebih terarah kepada kehidupan berkeluarga.

Beliau bagaimanapun aktif di Instagram untuk membuat review bagi membantu perniagaan usahawan dalam talian.

    

Foto

king coco

king coco bagan serai

siapa king coco

instagram king coco

king coco mix

wikipedia king coco

marshaira ismail

anak king coco

suami king coco

Kredit foto: Instagram King Coco

     

Video

Kredit video: Motif Viral: KING COCO "MIX" MASIH CAKAP BER-'SLANG'?

    

Sumber:

1. Capt Azrin Sah Kahwini Coco, Netizen Kasihan Kepada Isteri Pertama Sedang Mengandung

2. ‘KING COCO & Bekas Isteri Sama-Sama Baik, Mungkin Saya Yang KURANG HARGAI Pengorbanan Mereka Berdua!’ – KAPTEN AZRIN

3. Comelnya! King Coco Akhirnya Dedah Wajah Anak Selepas 9 Bulan

4. King Coco Tidak Tolak Peluang Libatkan Anak Dalam Industri Hiburan

5. King Coco buat ‘come back’! Menang jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai - “Harap dia jadi pemimpin kelakar”

6. Diana Danielle anggap pelantikan King Coco hanya bahan jenaka - “Apa kelayakan dia? Jangan hancurkan harapan rakyat”

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)