Biodata

Nama: Alieff Irfan

Tarikh lahir: 25 September 1997

Umur: 21 tahun (2018)

Asal: Kota Bharu, Kelantan

Pekerjaan: Selebriti Youtube, Instafamous dan content creator

Media sosial: Instagram @irfxn__, Youtube Alieff Irfan dan Facebook Alieff Irfan

Fakta Menarik

1. Dikenali sebagai selebriti Youtube yang gemar memuatnaik video drama pendek dan parodi.

2. Pada Mac 2018, beliau menerima anugerah 'Silver Play Button' daripada Youtube kerana jumlah langganan salurannya yang melebihi 100,000. 

3. Sehingga kini, saluran Youtubenya telahpun diikuti lebih setengah juta pelayar! 

4. Video yang dihasilkan seringkali menduduki carta trending. 

5. Beliau menyertai Youtube pada Ogos 2016 dengan salurannya sehingga kini meraih lebih 93 juta tontonan. 

6. Video pertamanya dimuatnaik pada 20 Ogos 2016 berjudul Type Of Our Dream Girls. 

7. Antara video Youtube paling popular yang dihasilkan ialah Mat Rempit, Dugaan Puasa, Kesetiaan Seorang Lelaki, Cinta Pandang Pertama dan Mobile Legend VS Girlfriend. 

8. Bakal bergelar penyanyi menerusi single pertama berjudul 'Dustai Aku' yang akan terbit tidak lama lagi. 

9. Bergelar model untuk video muzik lagu Perasaanku nyanyian penyanyi baharu, Fieya Julia. 

10. Salah satu babak beliau dalam video muzik tersebut yang memperlihatkannya berpakaian pengantin dengan Fieya menjadi tular sehingga mengundang salah sangka kononnya mereka telah berkahwin. 

11. Bagaimanapun menerusi kiriman Instagram terkini, kedua-duanya menjelaskan situasi sebenar, malah menafikan mempunyai hubungan istimewa sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

       

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Youtuber Ammar Nazhan

Baca: 10 Fakta Youtuber Alieff Irfan, Suami Bella Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Bella, Isteri Youtuber Alieff Irfan

Baca: Youtuber Alieff Irfan Dedah Sudah Berkahwin! Ini Identiti Isterinya

Foto Terkini

biodata alieff irfan selebriti youtube 2

biodata alieff irfan selebriti youtube 3

biodata alieff irfan selebriti youtube 4

biodata alieff irfan selebriti youtube 5

biodata alieff irfan selebriti youtube 6

Kredit:

1. Azhan.co

2. Instagram Alieff Irfan

3. Youtube Alieff Irfan




Hakcipta iluminasi.com (2017)