Kredit foto: Instagram Zarol Zarif

  

Siapa Zarol Zarif? Pemilik nama penuh Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle ini adalah seorang penyanyi, bintang Youtube dan usahawan kosmetik Malaysia.

  

Beliau menyertai Youtube sebagai pencipta kandungan saluran Cikidot Channel bersama dua orang sepupunya, Amri Aziz dan Ecah Daud.

  

Video pasukan ini mendapat sambutan hangat sehingga berjaya meraih lebih sejuta pelanggan.

  

Biodata

Nama sebenar: Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle

Nama pentas: Zarol Zarif, Zarol AF

Umur: 30 tahun (2022)

Tarikh lahir: 27 Januari 1992

Tempat lahir / Asal: Johor

Kerjaya: Penyanyi, youtuber, usahawan kosmetik

Instagram (IG): @zarolzarif

  

Latar Belakang

1. Beliau ialah bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2016 yang tersingkir di minggu ketujuh (separuh akhir). Tagline yang digunakannya di AF ialah "Chill-lah".

2. Sebelum pembabitan dalam AF2016, Zarol terkenal menerusi video-video nyanyian yang dimuatnaik di aplikasi karaoke Smule.

3. Antara lagu hitsnya adalah Bidadari, Kehilangan dan Kan Kan, selain lagu raya yang dinyanyikan secara beramai-ramai iaitu Ria Hari Raya (bersama Ash Hafiz, Ray Asri) dan OOTD Raya (bersama Moleque, Da Unknown, Aliff Idham dan Al Farabi).

4. Kini Zarol dikenali sebagai Youtuber di Cikidot Channel bersama dua orang sepupunya iaitu Amri Aziz dan Ecah Daud. Amri juga merupakan seorang selebriti yang pernah menimba pengalaman sebagai pengacara dan pelakon TV.

5. Cikidot Channel kini mempunyai lebih sejuta pelanggan.

6. Selain bergelar Youtuber, Zarol turut menjalankan perniagaan kosmetik.

  

Fakta Menarik

1. Dorongan bapanya merupakan faktor dia memasuki dunia muzik. Bapanya memang mahu dia menjadi penyanyi dan merupakan individu yang bertanggungjawab menghantarnya setiap tahun menghadiri uji bakat AF. Setahun selepas bapanya meninggal dunia, Zarol terpilih memasuki AF.

2. Meminati genre muzik balada "ala Anuar Zain" tetapi akur memikat telinga pendengar dengan mengikut pasaran menerusi lagu-lagu yang santai dan mudah dinyanyikan orang ramai.

3. Pernah terkait dengan kontroversi apabila dimarahi komposer Cat Farish yang menganggapnya tidak serius bekerja berikutan merakam video prank ketika sedang menjalani sesi rakaman lagu.

4. Selain itu, namanya juga pernah dikaitkan dengan isu rumah tangga pelawak Along Cham dengan penyanyi Zila Seeron kerana dituduh sebagai 'orang ketiga' hanya disebabkan menjadi rakan duet Zila di Smule.

5. Antara ujian berat yang terpaksa dilaluinya termasuk kehilangan bapa tersayang yang telah meninggal dunia.

  

Gambar

zarol zarif

zarol zarif umur

cikidot channel

zarol zarif wikipedia 353

zarol zarif af

adik beradik zarol zarif

cikidot channel biodata

cikidot channel gambar

amri aziz

Kredit foto: Instagram Zarol Zarif

   

Video

Kredit video: BIADAP! DRIVE THRU MANA YANG PALING SABAR MELAYAN KERENAH CUSTOMER PERANGAI HANAT!

  

Sumber:

1. Biar lelah, Zarol Zarif enggan menggalah

2. Kontroversi lonjak populariti

3. Raih sejuta pelanggan di YouTube... Apa rahsia 3 content creator ini?

4. Nak lariskan lagu, Zarol Zarif sengaja cipta kontroversi?

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)