Kredit foto: Instagram Wardina Anuar

    

Siapa Wardina Anuar? Wardina Anuar Aziz Khan atau nama popularnya, Wardina Anuar merupakan seorang model hijab wanita Malaysia.

Beliau pernah tular di laman Twitter menerusi perkongsian sebuah video yang mencetuskan pujian netizen terhadap kejelitaan wajahnya.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Wardina Anuar Aziz Khan.
  • Berumur 19 tahun (2020).
  • Kelahiran Kuala Lumpur.
  • Anak sulung daripada lima orang adik-beradik.
  • Mendapat pendidikan di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur.
  • Kini bergiat sebagai model bebas.
  • Berkahwin dengan pelakon Asyraf Ali dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 6 Jun 2020.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @wardinaanuar sehingga kini telah mengumpul lebih 127,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Anak saudara kepada supermodel, Anita Aziz.
  • Berdarah kacukan Cina daripada sebelah ibunya dan Mongolia daripada sebelah datuk bapanya.
  • Menceburi bidang peragaan sejak zaman kecil.
  • Menghiasi halaman muka majalah sejak sekitar usia tujuh atau lapan tahun.
  • Di usia 12 tahun, beliau pernah berkhidmat sebagai talent bagi iklan Mini Oreo untuk pasaran luar negara.
  • Wajahnya juga pernah berada pada iklan Astro yang sering terpampang pada trak suatu masa dahulu.
  • Mula mengenakan tudung sejak usia 14 tahun.
  • Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau bekerja sebagai seorang model tudung dan pakaian muslimah.
  • Menjadi tular di laman Twitter menerusi videonya yang sedang live di Instagram dengan kapsyen berbunyi 'when your mom enter your instagram live' yang menerima lebih 1.3 juta tontonan dalam hanya kira-kira seminggu selepas dimuat naik pada 21 Januari 2019.
  • Pernah dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail.
  • Mula berkenalan dengan pelakon Asyraf Aley ketika sama-sama menghadiri sebuah konsert di Jakarta, Indonesia sebelum hubungan itu dibawa ke alam perkahwinan.

    

Baca: Biodata Pelakon Asyraf Aley (Asyraf Ali), Suami Model Wardina Anuar

    

Foto

wardina anuar

wikipedia wardina anuar

asyraf aley

asyraf ali

umur wardina anuar

wardina anuar profile

wardina anuar kahwin

instagram wardina anuar

siapa wardina anuar

wardina anuar dulu

Kredit foto: Instagram Wardina Anuar

   

Sumber:

1. IG live dapat lebih sejuta notifikasi, siapa gadis tular ini?

2. Muat Naik Foto Bersama Kekasih, Anak Sheila Rusly Curi Perhatian Netizen

3. Asyraf nikahi model hijab

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)