Kredit foto: Instagram Nia Atasha

Siapa Nia Atasha? Beliau antara bintang dalam drama bersiri Astro Citra terbaharu berjudul Kuasa, arahan Kroll Azry yang dijangka menemui penonton pada 11 April 2022.

Antara lain, drama berepisod yang juga siri original Astro itu turut dibintangi Nazim Othman, Nadia Brian, Izzy Reef, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Alicia Amin, Ridzuan Hashim, Syanie Hisham dan ramai lagi.

Biodata

Nama sebenar: Nia Atasha Rosli

Nama komersial: Nia Atasha

Umur: 26 tahun (2022)

Tarikh lahir: 23 Julai 1996

Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur

Agama: Islam

Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara, Jurusan Graphic Design di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar (Perak)

Kerjaya: Pelakon, pengacara, model, pereka grafik ilustrasi

Instagram (IG): @sleepylllama

Latar Belakang

1. Membesar di Kuala Lumpur.

2. Berketinggian 171 sentimeter (cm).

3. Bekas pengacara program HLive terbitan Astro.

4. Membintangi drama berepisod Life Lila, Inikah Dikatakan Cinta dan Kuasa, selain filem Gila Gusti dan Ceroboh.

Fakta Menarik

1. Tidak pernah termimpi untuk menjadi seorang model.

2. Ketika zaman persekolahan, beliau yang sewaktu itu berperwatakan tomboi, aktif menjayakan pelbagai jenis sukan, antaranya bola keranjang dan taekwondo.

3. Hanya ketika mencapai usia 17 tahun, Nia mula membawa perwatakan yang lebih feminin dan menyimpan rambut panjang untuk memenangi hati lelaki idamannya.

4. Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mula berjinak-jinak dalam bidang model.

5. Meminati persembahan lakonan Cate Blanchett dan Lisa Surihani.

6. Dalam dunia peragaan, beliau menyanjungi Coco Rocha dan Kate Moss.

7. Aktiviti di waktu senggang ialah bersukan tinju, yoga dan pilates, selain gemar melukis dan membuat tembikar.

8. Pernah bercinta dengan aktor Qi Razali, namun hubungan mereka terputus di pertengahan jalan pada awal tahun 2020.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuasa (Astro Citra)

Gambar

nia atasha ig

nia atasha

nia atasha rosli

nia atasha agama

drama kuasa

pelakon drama kuasa

nia atasha wikipedia

nia atasha height

biodata nia atasha

umur nia atasha

Kredit foto: Instagram Nia Atasha, Twitter Nia Atasha & Instagram Astro Gempak

Video

Kredit video: Rupawan AWANI (EP32): Nia Atasha kejar impian bergelar Supermodel

Sumber:

1. Nia Atasha Putus Cinta Dengan Qi Razali

2. the models lab kl

3. The new frontier

4. Instagram Nia Atasha




Hakcipta iluminasi.com (2017)