Kredit foto: Instagram @room.ten

Siapa Rita Suraya? Beliau merupakan  bekas supermodel Malaysia yang juga kakak kepada pelakon muda, Rita Nadira.

Rita Nadira baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai selepas membintangi drama novel berepisod, Tak Sempurna Mencintaimu yang bersiaran di slot Akasia TV3 dengan turut dijayakan pelakon Redza Rosli, Intan Najuwa, Aniq Suhair, Fendy Bakry, Scha Elinnea, Nafiez Zaidi, Shah Khan dan ramai lagi.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Merupakan seorang peragawati sejak tahun 2007.

2. Berketinggian 173 sentimeter (cm).

3. Membesar di Bangi, Selangor.

4. Berkelulusan dalam jurusan fotografi.

5. Pernah bernaung di bawah agensi permodelan, The Models Lab KL.

6. Menceburi dunia peragaan sejak umur 20 tahun dengan bermula sebagai pekerjaan sambilan bagi menampung pengajiannya dalam bidang fotografi. Pembabitannya ketika itu lebih ke arah pertunjukan fesyen pelajar dan fotografi untuk majalah-majalah kecil tempatan.

7. Ketika namanya berada di kemuncak, beliau telah terpilih menjayakan acara-acara fesyen besar tempatan seperti Minggu Fesyen Kuala Lumpur, termasuk pertunjukan-pertunjukan jenama gah tanah air. Tidak ketinggalan, penglibatan dalam kempen fesyen, selain kerap menghiasi majalah Glam.

8. Pada Jun 2020, beliau mengumumkan pengundurannya daripada dunia peragaan.

Fakta Menarik

1. Kakak kepada pelakon dan model, Rita Nadira.

2. Mempunyai kulit sawo matang - agak berbeza dengan adiknya yang lebih ke arah Pan Asia.

3. Datuk sebelah bapanya yang berketurunan India Muslim telah berkahwin dengan neneknya, seorang wanita berbangsa Cina.

4. Bapanya adalah seorang penternak, manakala ibunya yang berketurunan Jawa pula hanyalah seorang suri rumah tangga.

5. Beliau menjadi individu yang bertanggungjawab meyakinkan adiknya, Rita Nadira untuk turut sama menyertai bidang peragaan.

        

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tahu Tahu Mengenai Pelakon Rita Nadira!

Baca: 10 Fakta Pelakon Rita Nadira Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Pelakon Rita Nadira, Adik Model Rita Suraya

         

Gambar

rita suraya

rita nadira rita suraya

model rita suraya

adik beradik rita nadira

rita nadira 863

rita suraya model 597

kakak rita nadira

rita nadira adik rita suraya

rita suraya wikipedia

rita nadira dan rita suraya

Kredit foto: Instagram @room.ten

Video

Kredit video: AND YOU, WHAT WOULD YOU DO FOR LOVE? with DeFam, Rita Nadira and Rita Suraya

Sumber:

1. Pelapis Peragawati Lokal Era Baru: Atikah, Rita, dan Tuti

2. The New Super Models: Vanizha, Nadira, Wil

3. More than just another pretty face

4. 5 Model Made In Malaysia Yang Patut Anda Kenali

5. The Models Lab KL

6. RITA SURAYA

7. "Terima Kasih Untuk Segalanya" - Model Terkenal Rita Suraya Bersara Dari Dunia Peragaan




Hakcipta iluminasi.com (2017)