Kredit foto: Instagram Asyraf Aley

   

Siapa Asyraf Aley? Ashraf Ali Sharifuddin Ali atau nama popularnya, Asyraf Aley merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. 

Beliau selamat bergelar suami kepada model, Wardina Anuar dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan pada 6 Jun 2020.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Ashraf Ali bin Sharifuddin Ali.
  • Menggunakan nama komersial, Asyraf Aley, Ashraf Aley dan Asyraf Ali.
  • Berumur 26 tahun.
  • Kelahiran Petaling Jaya, Selangor pada 16 Jun 1994.
  • Bekas lulusan Universiti Taylor kampus Lakeside, Subang.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2017 sebagai seorang pelakon, model dan usahawan.
  • Mula meraih populariti menerusi drama Jejak Karmila yang ditayangkan di slot Zehra TV3 yang turut menampilkan aktres Ruhainies dan Mia Ahmad.
  • Antara lain, beliau pernah membintangi drama Meh Sandar Pada Aku dan Rindu Yang Terlarang, termasuk telefilem Syukur Syawal.
  • Berkahwin dengan model hijab, Wardina Anuar dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 6 Jun 2020.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @asyrafaley sehingga kini mencatatkan lebih 106,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Mendapat pendidikan dalam jurusan perhubungan awam dan pemasaran daripada sebuah kolej.
  • Karier awalnya bermula pada tahun 2015 ketika penyertaan dalam pertandingan peragaan oleh pereka fesyen, Hatta Dolmat.
  • Terjun ke bidang lakonan sejak Julai 2016 susulan pembabitan dalam uji bakat Drama Festival KL ketika menjalani latihan bersama Media Prima.
  • Mula mendapat peluang berlakon daripada syarikat produksi Zeel Production yang dihantar melalui mesej peribadi di laman Instagram (Direct Message).
  • Mendapat tunjuk ajar awal seni lakonan daripada kelas anjuran pelakon lagenda, Fauziah Nawi.
  • Selepas membintangi beberapa drama, beliau membuat keputusan beralih ke bidang perniagaan dalam sektor pembinaan.
  • Terpaksa melupakan hasrat untuk membintangi lebih banyak drama kerana ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya di syarikat milik keluarganya.
  • Menyifatkan dirinya kini dalam tempoh 'berehat' daripada lapangan lakonan sejak tiga tahun lalu, namun masih bersedia menerima tawaran daripada pihak produksi jika watak yang diberikan menarik minatnya.
  • Menyifatkan bapanya sebagai hero dalam kehidupannya.
  • Aktif bermain sukan bola sepak.
  • Pernah dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Ruhainies kerana sering dilihat bersama dan kerap berkongsi foto berdua di Instagram, namun aktres berkenaan menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan artis.
  • Mula berkenalan dengan model Wardina Anuar ketika sama-sama menghadiri sebuah konsert di Jakarta, Indonesia sebelum hubungan itu dibawa ke alam perkahwinan.

   

Anugerah

  • Winner of Cover Magazine Search by Female Magazine 2016 DEC issue
  • Glam Lelaki Alpha Men 2015 winners
  • Hatta Him 2014 2nd runner up

   

Baca: Biodata Model Wardina Anuar, Isteri Pelakon Asyraf Aley

   

Foto

asyraf aley 815

wardina anuar 497

instagram asyraf aley 994

wikipedia asyraf aley

asyraf ali 986

umur asyraf aley

siapa asyraf aley

drama asyraf aley

pelakon asyraf aley

asyraf aley age 119

Kredit foto: Instagram Asyraf Aley

    

Sumber:

1. Wikipedia Asyraf Aley

2. Facebook Asyraf Aley

3. Laluan mudah bukan tiket selesa - Asyraf Ali

4. Giliran Asyraf Aley Balas Jasa

5. Man Crush January Issue: Up Close & Personal with Asyraf Aley

6. Apa Hubungan Ruhainies Dan Asyraf?

7. Asyraf tinggalkan sementara dunia lakonan

8. Asyraf nikahi model hijab

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)