hh

Kredit foto: Instagram Bay Doucet

        

Dalam sebuah majlis yang diadakan dengan penuh kesederhanaan di Kuala Lumpur pada Ahad lalu, aktor terkenal Sean Lee akhirnya sah menjadi suami kepada wanita pilihannya, Bay Doucet.

       

sean lee kahwin

       

Sebelum ini, kisah cinta mereka tidak pernah dikongsi kepada umum, menyebabkan ramai netizen terkejut dengan berita perkahwinan Sean, yang juga merupakan seorang pengacara ini.

        

sean lee malaysia

        

Para peminat menganggap mereka sangat bijak menyembunyikan hubungan cinta tersebut daripada pengetahuan umum.

Namun begitu, ramai yang gembira dengan berita bahagia ini dan berharap agar perkahwinan pasangan ini kekal sejahtera sehingga ke akhir hayat.

        

Siapa Bay Doucet, Isteri Sean Lee? Ini Biodatanya..

Nama sebenar: Bay Jean Doucet

Nama komersial: Bay Doucet

Umur: 26 tahun (2024)

Tarikh lahir: 17 Julai 1998

Asal: Kuala Lumpur

Pendidikan: Bachelor of Design (Communication Design), Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT University), Australia

Pekerjaan: Usahawan, Model, Pencipta Konten, Pereka Grafik

Instagram (IG): @baydoucet

Tiktok: @baydoucet

       

Latar Belakang

1. Bay berdarah kacukan Cina Malaysia daripada sebelah ibunya dan Amerika daripada sebelah bapanya. Walaupun begitu, dia dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

2. Dia seorang model, kini mengusahakan sebuah butik pakaian preloved di ibu kota.

Ianya bermula selepas kontraknya sebagai pengurus acara di sebuah syarikat berakhir, lantas dia memutuskan untuk terjun ke dunia perniagaan. Ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, dia dengan beraninya memulakan perniagaan ini sambil meneruskan kerjaya dalam bidang modelling.

3. Sebagai pencipta kandungan, dia berkolaborasi dengan beberapa jenama untuk mempromosikan produk mereka di media sosial.

4. Bay juga pernah membintangi filem pendek bertajuk "261 Sundays" bersama Sean Lee sebagai pasangan watak utama. Filem ini ditayangkan di saluran YouTube Sean Lee, seanlje, pada tahun 2020.

5. Bay akhirnya berkahwin dengan Sean Lee pada 7 Julai 2024.

       

Fakta Menarik

1. Menganggap dirinya seorang yang pemalu, lantas perniagaan menjadi jalan baginya untuk bersosial dan berinteraksi dengan orang ramai.

2. Lebih memilih menghabiskan masa di rumah dengan ibunya daripada keluar bersosial.

3. Fotografi dan videografi merupakan bidang yang menarik minatnya.

4. Pernah mempunyai saluran muzik sewaktu remajanya, di mana dia sering membuat cover lagu dan merakam muzik ciptaannya sendiri.

5. Merupakan seorang pencinta kucing.

       

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Sean Lee

Baca: 8 Fakta Biodata Scha Elinnea, Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: 8 Fakta Biodata Jazmy Juma (Hero Remaja), Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: Biodata Arfie Shah (Adwafri Shah), Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: 10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim, Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

        

Foto

sean lje ah huat height age islam religion actor girlfriend family 524

bay doucet umur ketinggian adik beradik keluarga ibu bapa 889

bay doucet model

bay doucet agama

sean

sean lee wife

baydoucet

bay doucet wikipedia

isteri sean lee

bay doucet

bay doucet instagram

sean lee 84712 288

sean lee agama

Kredit foto: Instagram Bay Doucet

        

Video

Kredit video: 261 Sundays | Short Film

        

Sumber:

1. Free-spirited model Bay Doucet makes her mark as an entrepreneur and content creator

2. Isteri Sean Lee jadi perhatian peminat... Rupanya seorang introvert, ada perniagaan sendiri selain bergelar model

3. Instagram Bay Doucet

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)