Kredit foto: Instagram Marsila Hassan

Siapa Marsila Hassan? Beliau adalah salah seorang personaliti saluran TV3 yang melaksanakan tugasan di meja berita serta mengacarakan program bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini (MHI).

Penyampai berita seangkatan Hawa Rizwana, Azaria Tagaya dan Hasnida Hanim ini mendirikan rumah tangga dengan Fazli Baharom pada 4 September 2015, namun hubungan dengan suaminya itu berakhir dengan perpisahan pada 23 Mei 2021.

Perkongsian hidup mereka tidak dikurniakan anak. Fazli sebelum ini pernah berkongsi hidup dengan pelakon Wan Sharmila pada 2007, sebelum bercerai pada 2009.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Menggunakan nama komersial, Marsila Hassan.

2. Berumur 32 tahun (2021).

3. Berasal dari Kota Tinggi, Johor.

4. Lahir pada 8 November 1989.

5. Anak kelima daripada tujuh orang adik beradik.

6. Berkelulusan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

7. Kini berkhidmat sebagai pembaca berita dan pengacara.

8. Berkahwin dengan Fazli Baharom (pemilik produksi Radius One dan rakan kongsi pengarah Shahrulezad Mohameddin) pada 4 September 2015, sebelum berpisah pada 23 Mei 2021.

9. Pemilik akaun Instagram (IG), @marsilahassan yang sehingga kini mempunyai lebih 122,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Mula bekerja di TV3 pada 2016 sebagai pembaca segmen sukan selama dua tahun, kemudian bergelar penyampai berita pada 2018 dan hos rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) pada 2020.

2. Pernah menulis skrip untuk drama Monalisa terbitan Radius One.

3. Pernah bekerja di Bernama TV.

4. Memegang peranan sebagai penyampai radio UFM ketika zaman pengajiannya.

5. Menggalas watak dalam drama Bila Hati Telah Hitam dan Nur, sebagai pelakon ekstra - namun kurang menaruh minat dalam bidang lakonan kerana tidak gemar menunggu di set penggambaran.

6. Meminati personaliti dan penyampai berita, Datin Seri Normala Samsudin, Azizah Ariffin, Yasir Mansor dan Norliza Mohd Zain.

7. Menyimpan impian untuk menjadi seorang penulis skrip dan penyampai radio.

8. Berhasrat mendapatkan tunjuk ajar daripada Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) tentang bidang penulisan skrip kerana cukup meminati karya pengarah itu.

9. Mengakui dirinya sering menerima kiriman mesej peribadi daripada golongan lelaki yang ingin mendekati di laman sosial Instagram dan Facebook.

10. Bersedia untuk menjalinkan hubungan dan berkongsi hidup sekali lagi kerana percaya soal jodoh.

11. Masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas suaminya, Fazli Baharom yang sudah dianggap seperti abang sendiri.

Baca: Biodata Hawa Rizwana Redzuan, Pembaca Berita TV3

Baca: Biodata Azaria Tagaya, Pembaca Berita TV3

   

Gambar

marsila hassan

marsila hassan profile

marsila hassan tv3

keluarga marsila hassan

ibu marsila hassan

Ibu Marsila Hassan 

marsila hassan suami

marsila hassan umur

marsila hassan bio

marsila hassan kahwin

Kredit foto: Instagram Marsila Hassan

Sumber:

1. Fazli Radius One cerai kali kedua, tak serik nak kahwin lagi

2. Pintu hati masih terbuka




Hakcipta iluminasi.com (2017)