Kredit foto: Instagram (IG) @aidijuma , Facebook Aidijuma Scarf

       

Siapa Norjuma Habib? Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed, pemilik jenama tudung Aidijuma yang terkenal, merupakan seorang usahawan selebriti yang mencipta nama dengan fesyen tudung bawal yang diminati ramai.

       

Biodata

Nama penuh: Norjuma binti Habib Mohamed

Nama komersial: Norjuma, Norjuma Habib

Umur: 44 tahun (2024)

Tarikh lahir: 5 November 1980

Asal: Bayan Baru, Pulau Pinang

Keluarga: Nazim Razak (Bekas Suami)

Pendidikan: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pekerjaan: Ahli Perniagaan (Pengasas Jenama Hijab Aidijuma), Pengacara

       

Latar Belakang

1. Norjuma, yang mengasaskan jenama Aidijuma, membangunkan koleksi tudung bawal yang dikenali sebagai Bawal Scarf.

        

norjuma habib wikipedia

        

2. Beliau pernah berkahwin dengan Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak, adik kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak pada 2005, namun mereka telah bercerai.

        

norjuma bercerai

         

Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki: Muhammad Aqil Razak, Muhammad Arif Razak dan Muhammad Ariz Razak.

       

norjuma habib mohamed

        

3. Sebuah laporan daripada portal Indonesia menyebut bahawa Nazim Razak kini telahpun bernikah dengan Dr. Dea Tunggaesti, seorang peguam dan ahli politik dari Indonesia, pada 22 September 2023.

Dea Tunggaesti dikatakan pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya.

4. Mengenai status terkini Norjuma, pada Julai 2024, video tular menunjukkan dia dalam sidang media meminta dipanggil ‘Datin Che Puan’ dan mengaku masih bersuami, namun tidak mahu mengulas lebih lanjut.

        

datin norjuma muda dulu adik beradik ibu bapa isteri sultan brunei

       

5. Dalam dunia penyiaran, Norjuma dikenang sebagai Juara Pengacara Jemputan Nona Musim Kelima (2002). Selepas itu, dia menyertai barisan pengacara Nona bersama wanita-wanita terkenal seperti Maya Karin, Vanida Imran, Neelofa, Mira Filzah dan Amyra Rosli.

         

Fakta Menarik

1. Dia memilih untuk tidak membuka sebarang akaun media sosial peribadi.

         

che puan norjuma sakit royal guest house

        

2. Saat ini, dia mendalami perniagaan baru yang berhubung dengan sektor perhotelan.

         

norjuma wikipedia

        

3. Selain Nona, dia juga pernah mengelolakan rancangan TV seperti Wanita Hari Ini, Kewangan Islam dan Keluarga Di 9.

        

Foto

norjuma kahwin

Norjuma pernah bergelar isteri kepada Datuk Muhammed Nazim Tun Razak

norjuma habib

Wajah terkini Norjuma

norjuma suami

norjuma

Kredit foto: Instagram (IG) @aidijuma , Facebook Aidijuma Scarf

              

Sumber:

1. [VIDEO] “Boleh Panggil Saya Datin Che Puan, I’m Okay With That…” – Norjuma

2. "Saya akan hadir ke mahkamah bulan ini" - Norjuma

3. Adik Najib, Nazim Razak tular nikah di Bali

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)