Biarpun baru mencipta nama di arena muzik arus perdana, nama penyanyi Chombi sudah 'melekat' di hati pendengar muzik tempatan, apabila mendapat perhatian selepas lagu-lagunya sering mendominasi carta tontonan di laman YouTube.

Mengorak langkah, Chombi kini mengekalkan populariti sedia ada menerusi single terbarunya, Sayunk I Love You yang merupakan 'buah tangan' kedua diterbitkan.

Jom kenali bintang 'BBNU' yang juga terkenal dengan lagu Rindu Rindu ini.      

10 Fakta Chombi, Penyanyi Lagu Sayunk I Love You Dan Rindu Rindu

chombi umur 811

1. Siti Maryam Ahmad Sairi atau lebih dikenali sebagai Chombi dilahirkan pada 21 Januari 2007.

harry khalifah 639

2. Chombi ialah anak kepada komposer dan penyanyi ternama, Harry Khalifah (Apak). Adik beradik beliau yang lain termasuk penyanyi Mizan Harry Khalifah (abang).

apak

3. Menceburi arena seni sejak umur 13 tahun.

   

chombi sayunk i love you

4. Minatnya dalam bidang nyanyian telah disedari oleh ibu bapanya sejak kecil iaitu ketika berusia tujuh tahun.

sayunk i love you

5. Sepanjang berada dalam arena muzik, penyanyi remaja ini pernah tampil dengan dua dendangan lagu, iaitu Rindu Rindu dan Sayunk (Sayang) I Love You.

sayang i love you chombi

6. Lagu Rindu Rindu menjadi cukup popular, namun paling kuat pengaruhnya di negeri-negeri Pantai Timur.

lagu chombi

7. Kepuasan muzik Chombi terletak pada genre dangdut yang mana dia berharap dapat mencuba aliran muzik itu suatu hari nanti.

chombi 163

8. Majoriti komen netizen mengenai vokalnya positif apabila ramai yang memuji nyanyiannya yang disifatkan lunak dan merdu.

chombi anak apak

9. Pernah membuka ruang kepada orang ramai yang berminat menghantar penyertaan dan mencuba nasib untuk membuat penampilan sebagai model "hero" dalam muzik video lagu baharunya, Sayunk I Love You.

sayang i love you

10. Baru sahaja mendapat adik perempuan awal tahun ini, dia dikhabarkan bakal menyambut kelahiran seorang lagi adik tidak lama lagi.

Untuk biodata asas Chombi, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Chombi

Baca: Biodata Damia, Penyanyi Lagu Pasrah, Anak Angkat Apak Harry Khalifah

Baca: 10 Fakta Penyanyi Harry Khalifah Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Komposer Dan Penyanyi Harry Khalifah

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Mizan Harry Khalifah

chombi apak 205

Kredit foto: Instagram Chombi & Instagram Apak Harry Khalifah

Kredit video: Chombi - Sayunk I Love You (Official Music Video)

Sumber:

1. Chombi 'gementar' masuk studio

2. Anak Harry Khalifah, Chombi cari hero MV 'Sayunk I Love You'… rupa-rupanya ramai nak cuba nasib! - “Tak handsome tak apa... janji manis”




Hakcipta iluminasi.com (2017)