Kredit foto: Instagram Azaria Tagaya

Siapakah Azaria Tagaya? Pemilik nama penuh Azaria Tagaya Norio Tagaya ini merupakan antara personaliti televisyen Malaysia yang berkhidmat di stesen TV swasta, TV3.

Beliau merupakan antara pembaca berita yang paling menjadi tumpuan di saluran TV pilihan ramai itu, serta dianggap memiliki populariti setaraf selebriti.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Azaria Tagaya Norio Tagaya.

2. Lebih dikenali dengan nama komersialnya, Azaria Tagaya.

3. Berumur 36 tahun (2021).

4. Anak bongsu daripada dua orang adik beradik.

5. Berdarah campuran Melayu, Jepun dan Pakistan.

6. Berkelulusan dalam jurusan Komunikasi Massa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

7. Kini bergiat sebagai penyampai berita, pengacara program dan personaliti televisyen.

8. Antara kemunculannya di kaca televisyen, menerusi rancangan Buletin Utama, Nightline, Money Matters, Ringgit Sense, Nasi Lemak Kopi O dan Kami Sayang Teacher.

9. Menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama @tagayaaa yang sehingga kini diikuti lebih 25,000 peminat.

Fakta Menarik

1. Bapanya berketurunan Jepun, manakala ibunya pula berketurunan Pakistan.

2. Abangnya berkhidmat di negara Jepun.

3. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

4. Membesar di Gombak dan Kuala Lumpur.

5. Masih belum bersuami / berkahwin.

6. Bakatnya diwarisi daripada bapanya, Mohd Nor Tagaya yang merupakan bekas penyunting filem dalam produksi Sabah Film Productions.

7. Fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

8. Sebelum berkhidmat di TV3, beliau memulakan kerjaya sebagai pekerja bebas dalam syarikat produksi serta pernah bersama stesen TV lain.

9. Antaranya pernah menjadi pelatih amali dan penolong penerbit di Astro Awani, pengacara rancangan Hello On Two di TV2 dan EC Inspirasi di HyppTV, termasuk sebagai penyumbang suara dalam animasi Perancis yang dialih kepada Bahasa Melayu dan Inggeris untuk siaran saluran Astro Ceria.

10. Ditawarkan menyertai TV3 selepas mengambil bahagian dalam sesi uji bakat terbuka pembaca berita yang diadakan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, ketika mengambil skrol ijazah.

11. Tidak pernah terfikir untuk menjadi pembaca berita TV3 memandangkan sewaktu bergelar pelatih amali, beliau melakukan tugasan meliputi program pelbagai genre dari hiburan sehinggalah kembara. Namun ketika berada di Awani, beliau yang menghasilkan sendiri skrip untuk beberapa segmen, mula menaruh minat serta menyedari bakat terpendam yang dimiliki sebagai pembaca berita.

12. Merupakan satu-satunya pembaca berita TV3 masa kini yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu dengan baik, sekaligus memberi kelebihan kepadanya beraksi di meja berita Buletin Utama dan Nightline.

13. Selesa mengenakan jeans dan kasut kanvas di luar waktu tugas.

14. Sering diajukan pertanyaan menerusi mesej peribadi, daripada kalangan remaja yang inginkan panduan mengikut jejak langkahnya sebagai personaliti televisyen.

15. Tidak gemar berkaraoke, bermain boling mahupun menonton wayang, sebaliknya lebih selesa menghabiskan masa terluang di rumah, bersendirian.

Baca: Biodata Marsila Hassan, Pembaca Berita TV3

Baca: Biodata Hawa Rizwana Redzuan, Pembaca Berita TV3

    

Gambar

azaria tagaya

azaria tagaya family

azaria tagaya wikipedia

keturunan azaria tagaya

azaria tagaya umur

latar belakang azaria tagaya

azaria tagaya ig

siapakah azaria tagaya

azaria tagaya age

Kredit foto: Instagram Azaria Tagaya

Sumber:

1. 'Saya tak fikir lagi soal kahwin, ibu bapa pun tak tanya' - Azaria Tagaya

2. Peminat tunggu depan tv

3. Azaria Tagaya kagum ramai remaja tunjuk bakat baca berita di TikTok... personaliti TV3 berdarah kacukan Melayu, Jepun ini tak lokek kongsi tip!




Hakcipta iluminasi.com (2017)