Kredit foto: Instagram Sufian Che Isa , Instagram Mas Idayu

Siapa Muhammad Sufian Che Isa? Bakal suami penyanyi dangdut, Mas Idayu atau nama lengkapnya, Masidayu Mesnun merupakan penerbit eksekutif di stesen TV3. Dia dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Mas Idayu dalam majlis pernikahan yang dirancang diadakan pada 16 September ini.

   

mas idayu kahwin

Pasangan itu mengenali antara satu sama lain sejak mereka sama-sama terlibat dalam program realiti nyanyian, Mentor 3 pada 2008, namun hubungan yang dijalin bertukar menjadi hubungan serius sejak beberapa bulan lalu. Ia bermula daripada usikan rakan penyanyi itu ketika terbabit dalam rancangan Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu.

   

sufian isa

   

Menurut Mas Idayu, dia tidak menyangka jodohnya itu datang daripada golongan individu yang sentiasa berurusan kerja dengannya.

   

mas idayu

Kembali bergelar isteri selepas 15 tahun tidak pernah sama sekali dalam jangkaan fikirannya.

Difahamkan, tiada sebarang lamaran dibuat memandangkan mereka cukup mengenali isi hati masing-masing.

   

lagu mas idayu

Sufian juga berani berjumpa terus dengan keluarga penyanyi yang kebetulan datang dari kampung ketika itu. Anak Mas Idayu bertindak mengatur tempat pertemuan mereka sebanyak empat kali.

Mas Idayu beranggapan mahligai yang bakal dibinanya hanyalah untuk mencari lelaki yang boleh menjaga dirinya pada masa hadapan.

mas idayu suami

Pada 15 Mei 2022, Mas Idayu menerima tanda berupa barang kemas sebagai pengikat hubungannya dengan Sufian, selepas keluarga kedua-dua belah pihak bertemu di kampung penyanyi itu di Kota Tinggi, Johor untuk membincangkan hari bahagia mereka. Tetapi tanda itu bukan acara bertunang atau merisik.

   

mas idayu selangit

Terdahulu, Mas Idayu yang juga penyanyi lagu popular Selangit pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997, namun perkahwinan dengan bekas suaminya itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 2006.

Bagaimanapun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Dayini Asyiqa yang kini berumur 25 tahun.

Sementara itu, tidak banyak maklumat dan butiran biodata yang boleh diperolehi mengenai Sufian, namun menerusi akaun laman Facebooknya, maklumat mengenainya dipaparkan seperti berikut:-

sufian che isa

   

Biodata Ringkas Muhammad Sufian Che Isa

Nama penuh: Muhammad Sufian Che Isa

Nama komersial: Sufian Che Isa, Sufian Isa

Umur: 51 tahun

Tarikh lahir: 9 November 1971

Pendidikan: Kelulusan Degree Jurusan Komunikasi Massa (Penyiaran)

Tempat tinggal: Kuala Lumpur, Malaysia

   

biodata muhammad sufian che isa

   

Selain itu, difahamkan keluarga Sufian berasal dari negeri Pulau Pinang.

sufian isa bercerai

Khabarnya, Mas Idayu akan membuat pengumuman khas hari ini yang dirasakan ada kaitan dengan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Mari kita nantikannya!

   

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Mas Idayu

bakal suami mas idayu

Kredit foto: Instagram Sufian Che Isa , Instagram Mas Idayu

Sumber:

1. 'Juri tetap, penerbit eksekutif LCK bertemu jodoh'

2. Mas Idayu dah terima tanda, nikah pertengahan September nanti

3. Facebook Sufian Isa




Hakcipta iluminasi.com (2017)