Kredit foto: Instagram Fyna Jebat

Siapa Fyna Jebat? Dia merupakan seorang penyanyi dan ahli perniagaan wanita Malaysia.

Nama Fyna mula diperkenalkan di arena muzik arus perdana ketika berumur 18 tahun apabila tersenarai sebagai salah seorang pesaing program realiti Akademi Fantasia musim ke 9 (AF9).

10 Fakta Penyanyi Fyna Jebat, Isteri Kepada Datuk Zainal Abidin Hassan

fyna jebat

1. Beliau dilahirkan sebagai Nur Syafinaz binti Jebat pada 5 Mac 1993.

   

fina jebat 86

2. Beliau merupakan anak kepada pasangan Imran Mohd Noor (bapa) dan Rohana Mohamed (ibu).

   

zainal abidin

3. Dia anak kedua daripada empat adik beradik dalam keluarganya, dia mempunyai seorang kakak, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

   

ayda jebat 388

4. Tiga lagi adik beradiknya ialah Ayda Jebat (kakak), Sabira Jebat (adik) dan Danial Jebat (adik).

   

zainal abidin hassan isteri

5. Sehingga hari ini, rangkaian lagu popularnya merangkumi single Menangis Lagi terbitan tahun 2011, Ketentuan Masa (2011, duet bersama Azri Abdullah), Delima Hatiku (2012, duet bersama Hazama), Radio (2016) dan Hari Rayayayayaya (2022, bersama The Jebats).

   

zainal abidin hassan

6. Mempunyai jumlah pengikut atau 'followers' lebih 15,500 di Instagram (IG).

   

biodata zainal abidin

8. Adiknya, Sabira Jebat juga boleh bernyanyi. Semasa sekolah dulu, Fyna, Ayda dan Sabira dikenali sebagai kumpulan SASSU.

   

fyna

9. Pada 2022, Fina bersama ahli kumpulan SASSU, Ayda dan Sabira telah bersatu semula untuk membentuk nama baharu, The Jebats, menyanyi bersama dalam lagu raya berjudul "Hari Rayayayayaya".

   

zainal abidin kahwin

7. Pada 2022, dia muncul dengan kerjasama bersama kakaknya, penyanyi Ayda Jebat untuk menjadi salah satu daripada tujuh pasangan peserta program realiti, Famili Duo Musim 2 yang menemui penonton di TV3. Pertandingan yang berjalan secara mingguan itu turut disaingi oleh Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (adik-beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

   

zainal abidin fyna jebat

10. Fyna kini berkahwin dengan bekas jurulatih Liga Super yang juga penyerang skuad kebangsaan era 1980an dan 90an, Dato Zainal Abidin Hassan. Difahamkan, Zainal pertama kali bernikah pada 1980-an dan dikurniakan tiga orang anak.

Untuk biodata asas Fyna, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Fina Jebat

Baca: 10 Foto Adik Penyanyi Ayda Jebat Yang Terlajak Cantik!

Kredit foto: Instagram Fyna Jebat

  

Kredit video: FAMILI YANG PERAMAH #FYP - Ayda Jebat & Fyna Jebat #FamiliDuoTV3 2022

Sumber:

1. Ayda Jebat ajak adik-beradik nyanyi, rakam lagu Raya pertama sebagai The Jebats

2. Fyna mengaku sudah berkahwin dengan Zainal




Hakcipta iluminasi.com (2017)