hh

Kredit foto: Instagram Apich Lo , Facebook Apich Lo

        

Siapa Apich Lo? Nama pelakon baharu ini mula mencuri perhatian netizen selepas lakonannya dalam telefilem Gadisku yang ditayangkan pada Mac 2024.

Wajahnya yang masih segar dalam dunia drama Melayu semakin menjadi sebutan, apatah lagi kini dia dilihat semakin aktif menghiasi layar kaca dan juga layar perak.

        

mentua pelakon 46521

        

Bermula 24 Ogos 2024, Apich sekali lagi akan menghiburkan penonton menerusi watak terbarunya dalam drama berepisod Mentua yang akan ditayangkan di slot Lestary TV3. Siri ini juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Syarul Ezani, Elizad Sharifuddin, Datuk Jalaluddin Hassan, Raden Zaharatul, Farahdhiya dan ramai lagi.

        

Biodata

Nama sebenar: Ahmad Fadzlullah bin Narudin

Nama komersial: Apich Lo

Umur: 32 tahun (2024)

Tarikh lahir: 27 Mac 1992

Asal: Temerloh, Pahang

Keluarga: Anak keempat daripada enam orang adik beradik

Pekerjaan: Pelakon, Model

Instagram (IG): @apich.lo

Tiktok: @ach.apichlo

        

Latar Belakang

1. Nama yang kian menyerlah di dunia hiburan ini, telah memahat namanya menerusi beberapa karya seni. Antaranya dalam drama Mentua dan telefilem Gadisku, sehingga ke layar perak dalam filem seram komedi, Pontianak 200kg.

2. Selain daripada berlakon, Apich juga menjadi wajah yang sering menghiasi iklan komersial (TVC) di negara ini.

3. Pada 2024, dia pernah membintangi video muzik lagu Macam Dulu-Dulu, nyanyian Khai Bahar dan Marsha Milan Londoh.

4. Walaupun dunia lakonan dan peragaan menjadi tunjang utama dalam kerjayanya, namun ramai yang tidak tahu Apich sebenarnya pernah muncul sebagai peserta dalam program I Can See Your Voice (ICSYV) Malaysia pada 2021.

        

Fakta Menarik

1. Dia gemar memasak di waktu senggang.

2. Dalam keluarganya, dia dikenali sebagai anak yang paling manja.

3. Semasa zaman persekolahan, dia seorang atlet yang menjadi kegemaran para guru.

4. Menariknya, di sebalik bakatnya dalam lakonan dan peragaan, Apich juga mempunyai kebolehan dalam bidang nyanyian.

5. Dalam satu laporan pada tahun 2020, dia pernah berkongsi bahawa ketika itu dia bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran & Jualan sambil turut menjalankan kerja-kerja freelance.

6. Pada 2023, nama Apich semakin dikenali di platform TikTok. Video santainya yang bertutur dalam loghat negeri Pahang menjadi tular, terutama di kalangan netizen yang baru mengetahui tentang kewujudan loghat itu.

7. Selain daripada itu, dia turut dikenali kerana raut wajahnya yang mirip seperti orang Cina dan Korea, meskipun dia Melayu. Menurut Apich, rupa paras sedemikian bukanlah sesuatu yang asing di negeri Pahang, di mana ramai penduduknya mempunyai wajah seakan-akan orang Cina walaupun tidak berdarah kacukan.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Mentua (Slot Lestary TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dari Mata Turun Ke Hati (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu (Astro Warna & Sooka)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Melayu Terakhir (Slot Samarinda TV3)

        

Foto

apich lo drama

siapa apich lo 274

apich lo umur

apich lo ig

apich lo wikipedia

mentua episod 78212

mentua 89514

apich lo instagram

apich lo age pendidikan ibu bapa keluarga

mentua tv3 54741

apich lo

apich lo asal

mentua drama 62145

pelakon apich lo

Kredit foto: Instagram Apich Lo , Facebook Apich Lo

        

Sumber:

1. Fresh Face: Ahmad Fadzlullah

2. Jadi perhatian sebab wajah ‘oppa’ tapi cakap loghat Pahang, ramai ketagih nak tengok pemuda Temerloh ini berborak

3. Instagram Apich Lo

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)