Kredit foto: Instagram Kasih Iris Leona

     

Siapa Kasih Iris Leona? Kasih Iris Leona Azhar atau nama popularnya, Iris Leona merupakan seorang personaliti media sosial Malaysia.

Beliau adalah bintang aplikasi video TikTok dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Kasih Iris Leona binti Azhar.
  • Menggunakan nama komersial, Iris Leona.
  • Berumur 18 tahun (2020).
  • Berasal dari Kuala Lumpur.
  • Lahir pada 13 Mac 2002.
  • Anak kepada pasangan Azhar Sulaiman (bapa) dan Chempaka Emalin Pahamin (ibu).
  • Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, Kuala Lumpur.
  • Menempa populariti menerusi aplikasi video TikTok.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @kasihirisleona sehingga kini mencatatkan lebih 206,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Anak kepada pelakon popular, Azhar Sulaiman.
  • Kakaknya bernama Kasih Leia Ixora, manakala abangnya yang juga kembarnya bernama Andika Rees Pahamin.
  • Mengumpul lebih 200,000 pengikut di TikTok.
  • Aktif di TikTok pada Disember 2019 selepas selesai mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mempunyai 50 buah video TikTok yang mana kebanyakannya merupakan video tarian dengan iringan lagu-lagu bertempo pantas.
  • Tidak menjangka akaun TiktTok diwujudkannya secara suka-suka menjadi tular di kalangan netizen.
  • Mengambil masa 15 minit untuk menyiapkan sebuah video tarian TikTok yang berdurasi 20 saat.
  • Rata-rata video dikongsi mencecah hingga ratusan ribu tontonan.
  • Video TikTok dengan tontonan tertinggi sebanyak 2.6 juta adalah video tarian bersama bapanya.
  • Mengidolakan Charli D’amelio dan Avani.
  • Mendapat perhatian pengarah filem dan drama yang menawarkannya watak lakonan, namun ditolak buat masa ini kerana tidak begitu selesa dengan cabang seni itu.
  • Mendapat keputusan cemerlang 7A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    

Foto

kasih iris leona dulu

anak azhar sulaiman

biodata kasih iris leona

kasih iris leona tik tok

andika rees pahamin

kasih iris leona umur

kasih iris leona instagram

kasih iris leona wikipedia

kasih iris leona binti azhar

azhar sulaiman

Kredit foto: Instagram Kasih Iris Leona

   

Video

Kredit video: my high school prom (malaysia)

    

Sumber:

1. Raih Populariti Menerusi TikTok

2. Azhar Sulaiman Buat Semakan Semula Keputusan SPM Anak Kembarnya - "Leona 7A & Rees 7A, Baru Betul Bunyinya"

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)