Biodata

1. Pemilik nama penuh Siti Adira binti Suhaimi.

2. Lahir di Ranau Sabah pada 19 September 1991. Berusia 28 tahun (2019).

3. Anak bongsu daripada lapan beradik.

4. Mula berjinak-jinak menyanyi sejak zaman persekolahan iaitu dengan menganggotai kumpulan nasyid.

5. Selain itu, beliau banyak menyertai pertandingan nyanyian di Sabah. Pernah bergelar juara Pertandingan Karnival Budaya 2008 dan pertandingan menyanyi di Pesta Kobis anjuran pekan Kundasang.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

7. Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelapan. Antara lagu tugasannya dalam pertandingan itu seperti Bertamu di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor, Ku Percaya Ada Cinta (Siti Nurhaliza), My All (Mariah Carey), Ayat-Ayat Cinta (Rossa) dan Kitalah Bintang (Ella). Di peringkat akhir, beliau ditabalkan sebagai naib juara.

8. Merupakan penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop.

9. Mempunyai sebuah album studio berjudul Dewi Cinta yang memuatkan 10 buah lagu, antaranya Ku Ada Kamu, Ilusi, Ombak Rindu (duet bersama Hafiz Suip), Dewi Cinta dan banyak lagi. Dilancarkan pada tahun 2014.

10. Pemegang trofi Lagu Tema Terhebat di Anugerah Blokbuster, Juara Mobile Anugerah Juara Lagu ke-27, Lagu Tema Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27.

11. Mula tampil dengan imej berhijab sejak Ogos 2014.

12. Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang juga merupakan seorang usahawan pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Anggrek (lahir pada 10 Mac 2017 dan Asan (9 September 2018).

        

Baca: Biodata Emma Suhaimi (AF), Kakak Penyanyi Adira Suhaimi, Peserta Famili Duo Musim 3 2023 (TV3)

         

Foto

biodata adira suhaimi penyanyi lagu pujaan hati 2

biodata adira suhaimi penyanyi lagu pujaan hati 3

biodata adira suhaimi penyanyi lagu pujaan hati 4

biodata adira suhaimi penyanyi lagu pujaan hati 5

biodata adira suhaimi penyanyi lagu pujaan hati 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Astro Gempak

3. Instagram Adira Suhaimi




Hakcipta iluminasi.com (2017)