Kredit foto: Instagram Yasin Sulaiman

Siapa Yasin Sulaiman? Pemilik nama sebenar Mohamad Yasin Sulaiman merupakan seorang penyanyi, pelakon, komposer dan penerbit rakaman Malaysia yang mula dikenali umum selepas menjadi ahli kumpulan nasyid, Brothers.

Biodata Yasin Sulaiman, Bekas Penyanyi Kumpulan Nasyid

Nama penuh: Mohamad Yasin bin Sulaiman

Nama pentas: Yasin Sulaiman

Umur: 47 tahun (2022)

Tarikh lahir: 30 Oktober 1975

Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur, Malaysia

Keluarga: Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan (isteri)

Kerjaya: Penyanyi, pelakon komposer, penulis lirik, penerbit

Instagram (IG): @yasinsulaiman

Latar Belakang

1. Mula aktif dalam bidang muzik sejak tahun 1995 dengan memperjuangkan irama nasyid bersama kumpulan Brothers yang merakamkan lagu-lagu berbahasa Melayu dan Inggeris, di mana mereka telah mencipta nama menerusi lagu berjudul Teman Sejati.

2. Beliau menjadi antara ahli asal Brothers dan sempat menerbitkan dua buah album bersama mereka iaitu We Are… (1997) dan Satu Perjuangan (1998).

3. Yassin meneruskan perjuangan sebagai penyanyi solo pada 2001 setelah meninggalkan kumpulan itu setahun sebelumnya, yang mana posisinya digantikan oleh Akbar Azmi.

4. Beliau kemudian menjenamakan diri sebagai pelantun lagu-lagu bergenre 'world music' dengan mempertaruhkan single solo pertama berjudul Mimpi Laila daripada album bertajuk sama. Karya nyanyian dan ciptaan sepenuhnya olehnya itu telah merangkul trofi utama Anugerah Juara Lagu 2001, termasuk juara dalam kategori Irama Malaysia.

5. Antara lain beliau mengungguli kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia ke 10 menerusi pencalonan album Salsabila, terbitan 2004.

6. Lagi album solo Yasin ialah Arus Qudus (2007), manakala single popular lain seperti Aisyah, Kerna Dia, Rindu Padamu, Salsabila dan Alhamdullilah (menampilkan Too Phat, Dian Sastrowardoyo).

7. Beliau yang menempa zaman populariti sekitar era 2000an ini juga dikenali sebagai komposer kepada penyanyi-penyanyi terkenal tanah air. Antara lagu hits ciptaannya termasuklah Wassini dendangan Waheeda, Lagu Rindu (Siti Nurhaliza), Ku Temu Cahaya (Dayang Nurfaizah) dan Alhamdulillah (Too Phat).

8. Yasin kembali menjadi ahli Brothers pada 2005 menerusi penerbitan album Brothers Reunited. Manakala pada 2015, beliau bersama Brothers melahirkan album Sabar.

9. Beliau turut menyemarakkan industri lakonan menerusi penglibatan dalam filem Syukur 21 pada 2000, No Problem (2001) dan Mendam Berahi (2002).

Fakta Yasin Sulaiman

1. Berdarah kacukan Melayu dan Australia.

2. Berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.

3. Perkahwinan dengan isterinya, Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan pada 2005 sehingga kini dianugerahkan dua orang anak bernama Sameer dan Malaika.

4. Pernah berkongsi kisah dirinya yang menghidap sakit gangguan bipolar (bipolar disorder) serta dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada 2009. Selain itu, Yasin pernah dilaporkan mengalami krisis identiti ketika tampil solo dalam karier nyanyian.

5. Pada Mac 2022, beliau telah diberkas di kediamannya di Kota Damansara apabila serbuan polis menjumpai berbilang pokok ganja yang disyaki miliknya, bersama peralatan tanaman dan paket daun ganja. Beliau disabitkan berdasarkan Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Gambar

yasin sulaiman

anak yasin sulaiman

yassin sulaiman

yasin ganja

yasin bipolar

isteri yasin sulaiman

yasin sulaiman dadah

keluarga yasin sulaiman

yasin sulaiman wife

Kredit foto: Instagram Yasin Sulaiman, Facebook Yasin Sulaiman & Instagram Azadan Rabbani

Video

Kredit video: Kisah Inspirasi Yasin Sulaiman

Sumber:

1. Isu kesihatan mental artis

2. “Cantik Anak Dara…”- Yasin Sulaiman Kongsi Foto Bersama Anak… Ada Yang Terpikat?

3. Keadaan Selepas 10 Tahun Hidap Bipolar: "Sebelum Ini Saya Takut..."

4. Instagram Yasin Sulaiman




Hakcipta iluminasi.com (2017)