Kredit foto: Instagram @fazrenrafi

   

Fazren Rafi merupakan antara pelakon yang bakal menghiasi drama rantaian terbaharu, Titian Takdir, menemui peminat drama melayu di slot Lestary TV3.

Drama garapan sutradara Nazir Jamaluddin terbitan Suhan Movies & Trading itu antara lain dibarisi Sweet Qismina, Nadia Brian, Syazuwan Hassan, Fimie Don, Atiq Azman, Bella Dowanna dan ramai lagi.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Fazreen Rafi bin Mohd Fazren.

2. Dikenali umum dengan nama komersialnya, Fazren Rafi.

3. Lahir pada 11 Ogos 1985. Kini berusia 34 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai pelakon sejak tahun 2007.

6. Antara drama dibintanginya seperti Aku Isterinya, Zahira, Aku Pilih Kamu, Lara Cinta Ameena, Suamiku Paling Sweet, Cinta Hati Batu dan Pengantin 100 Hari.

7. Mendirikan rumah tangga dengan Syarifah Marlina Asyikin pada 2011 dan sehingga kini hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Rizqin Uwais, Rizqeen Humaira, Rizqin Haqq dan Rizqin Qayyum.

    

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.84 meter.
  • Namanya mula meledak selepas membintangi drama bersiri Spa Q, Spa Q 2 dan Cinta Itu Milikku.
  • Menggunakan laman sosial Instagram atas nama @fazrenrafi yang sehingga kini mencatatkan lebih 215,000 pengikut.

    

Foto

fazren rafi

sinopsis titian takdir 407

fazreen rafi

isteri fazren rafi

anak fazren rafi

Kredit foto: Instagram @fazrenrafi

    

Sumber:

1. Wikipedia Fazren Rafi

2. "Buat Hal la Pi Telan Duit 20sen" - Anak Pelakon Fazren Rafi Kena X-Ray

3. Pengikat Kasih, Penyeri Hidup

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)