Kredit foto: Instagram Muaz Zabir

     

Siapa Muaz Zabir? Muaz Zabir, yang juga dikenali sebagai Muaz Mohamad Zabir, adalah seorang pelakon yang memegang peranan 'hero kedua' dalam siri televisyen Bukan Hanya Sekadar Cinta yang disiarkan di saluran TV3. Drama ini merupakan adaptasi novel yang ditulis oleh Emma Mariam dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Ismail Izzani, Sofia Dendroff, Daniella Sya, Liza Abdullah, Syamim Farid, Afifah Nasir, Laura Olivia dan ramai lagi.

    

Biodata Muaz Zabir

Nama sebenar: Muaz Mohamad Zabir

Nama komersial: Muaz Zabir

Umur: 26 tahun (2023)

Asal: Linggi, Negeri Sembilan

Pendidikan: Graduan jurusan pemasaran dari Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar, Perak

Pekerjaan: Pelakon, Pengacara

Instagram (IG): @muaz.zabir

     

Latar Belakang

1. Merupakan seorang bakat kelahiran program realiti Fit For Action yang diterbitkan oleh TV3 pada tahun 2022. Beliau telah dipilih sebagai juara dalam kategori lelaki, sementara Raden Zaharatul diangkat sebagai juara dalam kategori wanita.

2. Fit For Action adalah sebuah program mencari bakat baharu yang membawa cabaran lakonan dan fizikal untuk mengangkat pelakon serba boleh Malaysia. Seramai 12 peserta, yang terdiri daripada 6 lelaki dan 6 wanita, telah diberi latihan oleh insan-insan berpengalaman dalam industri seni.

3. Muaz dalam persaingan Fit For Action pernah dua kali berada di tangga bawah peserta, malah pernah tersingkir. Namun, beliau diberi peluang kedua melalui imuniti dan diserap semula ke dalam pertandingan.

4. Penglibatannya dalam bidang seni seolah-olah tidak dirancang. Beliau memulakan kerjayanya sebagai jurulatih kecergasan di gimnasium selepas menamatkan pengajian. Kemudian, seorang 'client' yang bekerja sebagai penerbit meminta beliau cuba melakukan peragaan dan menjadi 'talent' di sebuah stesen televisyen, berikutan beliau menghadapi cabaran kerja akibat beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diadakan negara. Lalu, beliau mendapat makluman tentang program Fit For Action dan mengambil bahagian dalam ujibakat setelah mendapatkan kebenaran ibunya.

5. Beliau memulakan perjalanan dalam bidang lakonan tanpa pengalaman sebelum ini. Sebelum program realiti itu, beliau pernah menjadi pelakon tambahan, namun tidak pernah diberi sebarang dialog.

6. Kini, beliau telah berperanan dalam beberapa drama termasuk drama bersiri Bukan Hanya Sekadar Cinta dan akan datang, Tentang Hati Dia. Beliau juga tidak ketinggalan dalam telefilem Mendarat Di Syurga yang telah ditayangkan dalam slot Cerekarama TV3.

7. Dalam arena pengacaraan, beliau menjadi hos untuk rancangan Mbuzz di TV3, sebuah program yang melaporkan berita hiburan terkini di negara ini.

      

Fakta Menarik

1. Beto Kusyairy dan Amerul Affendi merupakan idola yang menginspirasikannya dalam dunia lakonan.

2. Wajahnya sering disamakan dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, menurut apa yang diperkatakan oleh netizen di laman sosial

3. Pernah menjadi wajah dalam beberapa iklan produk komersial yang disiarkan di televisyen.

4. Bakal menyertai beberapa drama terbaru di TV3, termasuk Bukan Hanya Sekadar Cinta hasil produksi A Aida Production, yang turut menampilkan pelakon-pelakon ternama seperti Ismail Izzani, Sofia Dendroff, Daniella Sya, Syamim Farid, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Izzendra dan ramai lagi.

     

Baca: Biodata Sofia Dendroff, Pelakon Drama Berepisod Bukan Hanya Sekadar Cinta (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Hanya Sekadar Cinta (Slot Akasia TV3)

     

Gambar

muaz zabir drama

3 114

muaz zabir

muaz zabir umur

muaz zabir age

muaz zabir wikipedia

bukan hanya sekadar cinta sinopsis

bukan hanya sekadar cinta cast

bukan hanya sekadar cinta pelakon 978

drama bukan hanya sekadar cinta 809

bukan hanya sekadar cinta 725

Kredit foto: Instagram Muaz Zabir

    

Video

Kredit video: Juara Fit For Action: Raden Zaharatul & Muaz Zabir | WHI (12 Oktober 2022)

     

Sumber:

1. Rezeki terpijak Muaz Zabir

2. Muaz Zabir tak ada bakat, tapi kacak...

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)