Calon Pakatan Harapan (PH), Altimet atau nama sebenarnya, iaitu Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, telah berjaya memenangi kerusi N.20 Lembah Jaya sekaligus mengetepikan pesaingnya Sharifah Haslizah Syed Arifin, yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) pada 12 Ogos 2023.

         

altimet

        

Penyanyi rap dan komposer itu meraih 26,298 undian, mengatasi Sharifah Haslizah yang hanya mendapatkan 19,620 undian.

Dengan kemenangan ini, Altimet mencatatkan namanya sebagai selebriti kedua Malaysia yang menjadi wakil rakyat, selepas langkah serupa yang diambil oleh pelakon Dira Abu Zahar sebelum ini.

       

10 Fakta Penyanyi Altimet (Syed Ahmad) Yang Ramai Tak Tahu!

nama sebenar altimet

       

1. Selebriti berumur 45 tahun ini (2023) merupakan anak kepada pasangan Syed Abdul Rahman bin Syed Ali Alhadad (bapa) dan Sharifah Jamalah binti Syed Agil Alsagoff (ibu).

        

syed ahmad altimet

       

2. Dalam keluarganya, Altimet dilahirkan sebagai anak sulung di kalangan tiga orang adik beradik.

         

altimet dun

         

3. Selepas menamatkan pendidikan menengah, beliau meneruskan pengajian tinggi dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan berjaya meraih kelulusan Sarjana Muda.

          

altimet menang

        

4. Kini, penyanyi ini tinggal di kediamannya yang terletak di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

          

yb altimet

          

5. Beliau yang dikenal sebagai selebriti yang cenderung menjaga privasi hidup, akhirnya pada tahun 2019 mengakui bahawa beliau telah berkahwin sejak 15 tahun yang lalu. Kini, hasil perkongsian hidup tersebut, beliau dianugerahkan tiga orang anak.

          

altimet lembah jaya

          

6. Isterinya diketahui pernah menjadi seorang pendidik yakni bekas guru pada suatu ketika dahulu.

        

7. Penyanyi ini merupakan penghidap disleksia. Menurutnya, kesedaran mengenai hakikat ini hanya timbul pada usia 28 tahun apabila isterinya memberitahu mengenai simptom-simptom yang berkaitan. Isterinya meminta agar dia menjalani pemeriksaan kerana sudah lama mengesan kesukaran yang dihadapinya dalam membaca dan mengeja. Hasil pemeriksaan kemudiannya mengesahkan perkara tersebut.

         

altimet wikipedia

         

8. Keadaan disleksia yang dihidapinya sekaligus menerangkan mengapa semasa zaman persekolahan dahulu, terdapat beberapa subjek yang sukar untuk dikuasai oleh beliau. Subjek yang lebih cenderung kepada pemahaman seperti Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan adalah lebih mudah baginya, berbanding dengan subjek-subjek yang melibatkan pembacaan. Geografi dan Sejarah adalah antara mata pelajaran yang kurang mahir buatnya.

          

altimet bertanding

          

9. Sepanjang perjalanan dalam industri muzik, bintang hip hop ini telah merekodkan banyak lagu yang menjadi kegemaran pendengar dan peminat, antaranya termasuklah Bunga, Amboi, Mambang, Sang Saka Biru (bersama Joe Flizzow, SonaOne, Alif), Negaraku (bersama Joe Flizzow, SonaOne, Faizal Tahir), Kalau Aku Kaya (bersama Awi Rafael), Kita Jaga Kita (bersama Cuurley, Malik Abdullah), KL Wangan (bersama Pekin Ibrahim, Faizal Hussein), Kotarayaku (bersama Noh Salleh), Janji (bersama Takahara Suiko) dan Aduh Malaysia (Hoi Hoi Ya Hoi).

       

10. Selain daripada itu, Altimet juga terlibat dalam bidang lakonan dengan antaranya menyertai filem seperti Belaban Hidup: Infeksi Zombie, Hutang 2D, Busker dan Rentap.

        

Untuk biodata penuh Altimet, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Altimet

        

altimet ph

lagu altimet

Altimet ayah kepada tiga orang anak

        

Kredit foto: Instagram Altimet

          

Kredit video: Kisah Inspirasi - Altimet

         

Sumber:

1. Rupa-rupanya Altimet sudah kahwin 15 tahun lalu

2. Kisah Inspirasi - Altimet

3. Esok saya akan mula bekerja dan berkhidmat kepada rakyat - Altimet

4. Instagram Altimet

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)