Kredit foto: Instagram Ebit Lew & Facebook Ebit Lew

Ebit Lew, seorang pendakwah bebas yang namanya viral kerana terkenal dengan kerja-kerja amal dalam usaha membantu golongan masyarakat yang memerlukan dan berada dalam kesusahan.

Keprihatinannya menyumbang khidmat bakti menarik perhatian khalayak. Keperibadian dan sikapnya cukup disanjungi ramai.

Iluminasi kongsikan latar belakang pendakwah yang dianggap rata-rata layak diangkat sebagai ikon kebajikan ini.

Biodata

Nama penuh: Ebit Irawan bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Nama popular: Ustaz Ebit Lew, Ebit Lew

Tarikh lahir: 21 Disember 1984

Umur: 37 tahun (2021)

Asal: Muadzam Shah, Pahang

Bangsa: Cina

Agama: Islam

Kerjaya: Penceramah Bebas, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi, Penulis

Fakta Ebit Lew

1. Pemilik nama asal Lew Yun Pau ini memeluk agama Islam ketika berusia 12 tahun.

2. Dalam keluarganya, beliau adalah anak ketiga daripada 12 orang adik beradik.

3. Berkelulusan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Ridan dari tahun 1991 hingga 1996, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muadzam Shah (1997-1999), Sekolah Menengah (SM) Teknik Johor Bahru (2000-2001) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib (2002-2003).

4. Berkahwin dengan isterinya pada 1 Ogos 2008 dan sudah mempunyai empat orang anak iaitu antaranya Airis Safiyyah Lew (cahaya mata sulung), Uqasyah Lew dan Qadeejah Lew.

5. Bapanya, Ibrahim Lew meninggal dunia pada 13 Julai 2021 kerana menghidap penyakit kanser perut.

6. Menggunakan Instagram (IG) menerusi nama akaun @ebitlew yang terkini mempunyai lebih 5.5 juta pengikut.

7. Kemunculannya di layar kaca antaranya menerusi rancangan Door To Door Ebit Lew di saluran Astro Oasis, A Bit With Ebit (TV Al Hijrah), Jejak Ebit Lew (Astro Prima) dan Pesan Ebit Lew (Astro Oasis).

8. Mengendalikan lebih 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan.

9. Membuat sesi ceramah bukan sahaja di Malaysia, malahan juga negara-negara luar membabitkan Indonesia, Singapura, Pakistan dan Thailand.

10. Bergiat sebagai panel penulis untuk beberapa buah majalah dan akhbar, juga penulis untuk buku Tangisan Umat & Perjalanan Hidayah Umat.

Untuk lebih foto-foto lama Ebit Lew dan kisah hidup beliau, baca artikel: Ebit Lew Dedah Kisah Hidup Dan Perniagaan Dimilikinya

Baca: Biodata Penyanyi Caprice

Baca: Biodata Ustaz Tido (Khailil Razak), 'Kembar' Ustaz Ebit Lew

Baca: Biodata Dan Foto-Foto Lama Pendakwah Ustaz Firdaus Wong Wai Hung

   

Gambar

ebit lew viral

ebit lew

ebit lew ig

ebit lew umur

ebit lew dulu

ustaz ebit lew

isteri ebit lew 177

ebit lew terkini

ebit lew wikipedia

ebit lew wife

keluarga ebit lew

Kredit foto: Instagram Ebit Lew & Facebook Ebit Lew

Video

Kredit video: Erti Bahagia, Kisah Bersama Ebit Lew

Sumber:

1. Ditinggalkan ibu, mula bekerja di lorong usia 12 tahun

2. Transform Jiwa

3. Ustaz in the news

4. Instagram Ebit Lew




Hakcipta iluminasi.com (2017)