Kredit foto: Instagram Firdaus Wong & Telegram Firdaus Wong

Siapa Firdaus Wong Wai Hung? Pengguna Instagram (IG) menerusi akaun @firdauswong yang mempunyai lebih 359,000 pengikut ini merupakan seorang pendakwah dan aktivis sosial terkenal di Malaysia.

Biodata

Nama: Firdaus Wong Wai Hung

Nama popular: Firdaus Wong

Umur: 38 tahun (2021)

Tarikh lahir: 18 Januari 1983

Asal: Kepong, Kuala Lumpur

Bangsa: Cina

Agama: Islam

Kerjaya: Pendakwah bebas, Penceramah, Aktivis Sosial

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

firdaus wong wai hung

1. Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Buddha.

2. Sudah berkahwin dan hasil perkongsian hidup dengan isterinya dilengkapi empat orang anak.

firdaus wong dulu

3. Meninggalkan agama asalnya, Buddha di usia 18 tahun untuk menjadi seorang pemikir bebas (free thinker).

4. Memeluk Islam pada 10 Ogos 2005 di usia 22 tahun selepas berhijrah dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak.

siapa firdaus wong

5. Mula menikmati kemanisan hidup sebagai seorang muslim pada 2011 selepas enam tahun mempelajari agama itu dengan mendalam.

6. Merupakan pengasas dan presiden pertubuhan dakwah Islam, Muslim Revert Malaysia (MRM).

firdaus wong telegram

7. MRM berperanan sebagai saluran informasi agama Islam untuk orang Muslim dan orang bukan Islam di seluruh dunia. Ia memantau perkembangan mualaf dengan antara program dakwah yang dianjurkan termasuk dakwah jalanan (street dakwah).

8. Beliau juga aktif melakukan dakwah di luar negara dan pernah menyampaikan ceramah di Tanzania pada 2019.

firdaus wong ebit lew

9. Pada 2013 beliau sanggup meninggalkan pekerjaannya di sebuah syarikat dengan gaji bulanan mencecah lima angka bagi mengabdikan hidup sebagai pendakwah sepenuh masa.

10. Antara dugaan yang dilalui ketika mula-mula menganut Islam termasuklah cabaran dipulaukan oleh rakan-rakannya sendiri.

firdaus wong

11. Sebelum bergelar Islam, beliau merupakan pemain bola sepak yang pernah mewakili skuad kebangsaan bawah 20 tahun untuk kelayakan Piala Asia pada 2002. Ketika itu, dia satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam pasukan yang turut disertai Safee Sali, Fadzli Saari dan Sani Anuar Kamsani.

12. Antara lain, beliau pernah mewakili negara untuk skuad bawah 17 tahun pada 1998 dalam kelayakan Piala Asia bawah 17 tahun di Myanmar, selain beraksi di Kejohanan Piala Nike 1998 mewakili Kuala Lumpur.

Baca: Biodata Dan Foto-Foto Lama Pendakwah Viral, Ustaz Ebit Lew

Baca: Ebit Lew Dedah Kisah Hidup Dan Perniagaan Dimilikinya

Baca: Biodata Penyanyi Caprice

Baca: Biodata Ustaz Tido (Khailil Razak), 'Kembar' Ustaz Ebit Lew

Gambar

ustaz firdaus wong

keluarga firdaus wong

Di samping ibunya

firdaus wong umur

ustaz firdaus wong wai hung

firdaus wong wikipedia

Kredit foto: Instagram Firdaus Wong & Telegram Firdaus Wong

Video

Kredit video: Sembang Viral (2021) | Episod 17 - Fitnah Atau Kebenaran (Bahagian 1)

Sumber:

1. Telegram Firdaus Wong Wai Hung

2. Kisah hijrah dua pendakwah Farid Ravi, Firdaus Wong Wai Hung

3. Firdaus Wong wakil Malaysia sebelum jadi pendakwah

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)