Biodata

Nama penuh: Fatin Husna binti Ibrahim

Nama popular: Fatin Husna

Tarikh lahir: 21 September 1995

Umur: 24 tahun

Kelahiran: Negeri Sembilan, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi dan pelakon

Media sosial: Instagram @fatinhusna_95

Fakta Menarik

1. Meminati dunia nyanyian sejak kecil.

2. Aktif menyanyi di aplikasi Smule sejak tahun 2015.

3. Sukakan lagu bernada tinggi.

4. Mengakui pernah berkecil hati apabila bakatnya dipandang rendah hanya kerana rupa paras yang kurang menarik. Namun Fatin kini lebih berfikiran positif serta mampu mengabaikan kecaman masyarakat.

5. Berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur demi memenuhi tuntuan aktiviti seni.

6. Mengidolakan penyanyi Ziana Zain. Gemar membawakan lagu penyanyi bersuara lantang itu di persembahan pentas, antaranya lagu Anggapanmu dan Kemelut Di Muara Kasih .

7. Meminati penyanyi era 90-an seperti Shima, Azie, Ella dan Nike Ardilla.

8. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2017.

9. Dikenali menerusi lagu-lagu bergenre pop.

10. Bernaung di bawah label NAR Records. Syarikat rakaman itu bersetuju mengambil Fatin selepas beliau menyanyikan empat buah lagu di sesi ujibakat iaitu Aku Takkan Bersuara, Menahan Rindu, Korban Cinta dan Teman Tapi Mesra.

11. Kerjaya seninya mendapat dorongan kuat kedua ibu bapa termasuk keluarga.

12. Tiga single dirakamkannya setakat ini ialah Terlepas Cinta, Rahsia Kita (duet bersama Khai Bahar) dan Kau Berubah.

13. Dicalonkan sebagai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2018.

14. Menjadikan bidang seni sebagai periuk nasi untuk meringankan beban ekonomi keluarga.

15. Tidak terfikir untuk menyambung pengajian dalam tempoh terdekat ini.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi fatin husna 2

biodata dan latar belakang penyanyi fatin husna 3

biodata dan latar belakang penyanyi fatin husna 4

biodata dan latar belakang penyanyi fatin husna 5

biodata dan latar belakang penyanyi fatin husna 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro [1, 2, 3, 4]

3. Instagram Fatin Husna




Hakcipta iluminasi.com (2017)