Kredit foto: wikimalaya.com

Siapa tidak kenal dengan Abdillah Murad bin Md. Shari atau nama pentasnya, Achik Spin yang pernah popular sekitar tahun 1998 hingga 2010.

Sebagaimana yang kita maklum, Achik telah meninggal dunia pada 17 April 2010 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya.

Achik yang sinonim dengan rakan duet, Siti Nordiana, pernah muncul dengan empat album studio bersama kumpulan Spin iaitu Roda Roda Rindu (1999), Spin 2 Litar Asmara (2001), Spin 3 Demi (2003) dan Keranamu (2005), termasuk dua album duet bersama Siti Nordiana berjudul Istimewa Untukmu (2003) dan Benang Emas (2005).

Dalam bidang lakonan pula, beliau pernah membintangi telefilem Demi (2002), Helah (2003), Prahara (2003), Pelakon Popular (2003) dan Wad 04 (2004), juga drama Sifu pada tahun 2005. Tidak ketinggalan muncul sebagai teraju utama filem di bawah arahan Zulkifli M. Osman, Diari Romeo.

Pada tahun 2005, Achik mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Puteri Sumayya, Puteri Saffiya dan anak sulungnya, Puteri Rania yang meninggal dunia pada tahun 2007.

Kini sudah tujuh tahun pemergian Achik. Inilah wajah terkini isteri dan anak-anak arwah yang jarang didedahkan kepada media. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 2

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 3

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 4

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 5

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 6

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 7

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 8

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 9

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 10

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 11

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 12

Kredit foto: Instagram @suriani___tasha2

Sumber berita: Wikipedia 

     

Baca: Biodata Achik Spin

Baca: Biodata Tajul Ariff, Adik Achik Spin

Baca: Biodata Beby Acha, Adik Achik Spin

Baca: Biodata Khalis Real Spin, Adik Achik Spin

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)