Kredit foto: Instagram Harry Khalifah & Instagram Kumpulan Khalifah

   

Harry Khalifah merupakan penyanyi dan komposer yang juga gitaris kumpulan Khalifah.

Beliau pernah menganggotai kumpulan Jinbara dari tahun 2000 sehingga 2005 sebelum menubuhkan Khalifah bersama rakan seangkatannya, Yabang.

Kini Harry lebih dikenali sebagai komposer yang bertanggungjawab mengangkat nama-nama baharu dalam industri muzik tempatan.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Ahmad Sairi Haslan bin Mohd Redzwan.

2. Menggunakan nama pentas, Harry Khalifah atau Apak.

3. Lahir pada 24 April 1980. Kini berusia 39 tahun (2019).

4. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai penyanyi, pelakon, komposer dan penulis lirik.

5. Bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman, Music Valley Malaysia (MVM).

6. Menganggotai kumpulan Khalifah sebagai gitaris.

7. Beliau bersama Yabang (vokalis Khalifah) pernah menjadi ahli kumpulan Jinbara dari tahun 2000 hingga 2005 menerusi tiga buah album. Mereka bertanggungjawab menghasilkan lagu hits Khalifah berjudul 'Kasihnya Laila' sebelum mengambil keputusan berundur kerana tiadanya persefahaman.

8. Kemudiannya, beliau bersama Yabang menubuhkan 'Khalifah' pada 2006 yang antara lain disertai Moy sebagai pemain bes dan Tony (pemain dram).

9. Harry turut melebarkan bakat sebagai penyanyi dan komposer. Antara single yang pernah dirakamkannya termasuk Dia Milik Orang, Doa Ku Pohonkan, Abang Lori Tenonenonet, Padu Bossku (menampilkan kumpulan UNIC) dan Suaramu Syairku.

10. Video muzik Suaramu Syairku sehingga kini sudah mencatatkan lebih 18 juta tontonan di laman Youtube.

11. Tidak hanya itu, beberapa lagu ciptaannya menjadi fenomena serta menghuni carta lagu popular, antaranya Kasihnya Laila, Cikgu Ayu, Hang Pi Mana, Cintaku Dewi Kamala, Assalamualaikum Ustazah dan banyak lagi.

12. Karya-karya ciptaannya turut melonjakkan nama beberapa penyanyi baharu termasuk anaknya sendiri, Mizan yang merupakan antara penyanyi remaja popular masa kini.

13. Membuat kemunculan dalam bidang lakonan menerusi telefilem Tok Moh Talent Agency siaran Astro Citra pada 2019.

   

Baca: Biodata Damia, Penyanyi Lagu Pasrah, Anak Angkat Apak Harry Khalifah

Baca: 10 Fakta Penyanyi Harry Khalifah Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Chombi, Penyanyi Lagu Sayunk I Love You, Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Mizan Harry Khalifah (Anak Harry Khalifah)

Baca: Biodata Chombi (Anak Harry Khalifah)

    

Foto

harry khalifah

lagu harry khalifah

harry khalifah suaramu syairku

wikipedia harry khalifah

isteri harry khalifah

harry khalifah apak

lirik harry khalifah

instagram harry khalifah

mizan harry khalifah 9

kumpulan khalifah

Kredit foto: Instagram Harry Khalifah

   

Video

Kredit video: Harry - Suaramu Syairku (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Wikipedia Harry Khalifah

2. Wikipedia Kumpulan Khalifah

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)