Kredit foto: Astro Awani

     

Biodata

1. Nama penuhnya, Abdul Rahman bin Hassan. Popular sebagai A. Rahman Hassan.

2. Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 30 Julai 1946.

3. Berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 1968.

4. Penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1970 hingga 2010.

5. Beliau yang memperjuangkan genre muzik Pop pernah meletup menerusi lagu Hanya Untukku, Syurga Idaman, Semoga Berjaya, Tak Mengapa, Bimbang dan banyak lagi.

6. Berkebolehan bermain instrumen muzik, gitar.

7. Pernah bernaung di bawah syarikat rakaman, EMI Music Malaysia dan Universal Music Malaysia.

8. Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Kumpulan Orkes Nirwana, Datin Azizah binti Mohamad yang meninggal dunia pada 26 April 2013, sebelum kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan pelakon Fadilah Mansor pada 25 Disember 2014.

9. Mempunyai tiga orang anak iaitu pelakon Khir Rahman, Khairul Ilmi (meninggal dunia pada 2016) dan Khairul Azmi.

10. Menghembuskan nafas terakhir di Ampang, Selangor pada 13 Jun 2019 di usia 73 tahun kerana pendarahan otak, angin ahmar, komplikasi paru-paru dan strok. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, Kuala Lumpur.

      

biodata dan latar belakang penyanyi a rahman hassan 2 373

Kredit foto: Mstar

    

Pencapaian Dalam Dunia Hiburan

  • Penyanyi Pop Terbaik Singapura pada 1966.
  • Anugerah Oskar di Malam Oskar dan Pop yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 1967.  
  • Anugerah Wirama di Anugerah Industri Muzik 2005.
  • Kumpulan Pop Yeh Yeh Paling Lama Bertahan iaitu dari tahun 1965 hingga 2005 (selama 40 tahun) - pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record pada 2005.
  • Artis Sepanjang Zaman Berkumpulan di Anugerah Papita 2006.
  • Tokoh Kepimpinan Industri-Industri Muzik di Anugerah Papita 2006.
  • Tokoh Seni Budaya Negeri Johor pada 2010.

     

Kredit video: Youtube TV3 Malaysia Official

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)