Kredit foto: Instagram @masyitah_masya

     

Dalam percubaan bekas juara Ceria Popstar 2014, Masya Masyitah mencari ruang untuk mencipta nama dalam bidang muzik di negara China, namanya tetap tidak dipinggirkan daripada lapangan seni hiburan tempatan apabila baru-baru ini tersenarai dalam calon Top 5 Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 (ABPBH32) menerusi kategori Artis Baharu Wanita Popular.

Kepada peminat yang ingin berkenalan lebih dekat dengan Masya, kami kongsikan butiran biodatanya berserta fakta menarik yang anda perlu tahu.

    

Biodata

1. Nama penuhnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff. Menggunakan nama pentas, Masya Masyitah.

2. Berumur 19 tahun.

3. Kelahiran Kulim, Kedah.

4. Bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min.

5. Namanya melonjak naik di usia 14 tahun selepas menyertai rancangan realiti nyanyian kanak-kanak, Ceria Popstar pada tahun 2014 di mana beliau telah diangkat sebagai juara. Sebelum itu, dia terlebih dahulu menyandang gelaran naib juara program Bintang Kecil RTM pada 2011.

6. Kini bernaung di bawah label muzik, Rocketfuel Records.

7. Popular menerusi lagu Teman Bintang, Mawar Terbiar dan Halimunan.

8. Dalam bidang lakonan, beliau pernah membintangi beberapa drama dan telefilem, seperti Puasa Oh Puasa, Raya Oh Raya dan Masya Alisya.

    

Fakta Menarik

  • Fizikalnya tinggi lampai dan putih melepak.
  • Bercakap dalam loghat utara.
  • Berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.
  • Mula menyanyi lagu-lagu Mandarin sejak berumur 12 tahun.
  • Berazam melebarkan sayap kariernya ke pasaran muzik negara China.
  • Dinobatkan sebagai naib juara  pertandingan Festival Muzik Antarabangsa Hong Kong 2016.

    

Foto

masya masyitah wikipedia

masya masyitah umur

masya masyitah profile

instagram masya masyitah

masya masyitah ceria popstar

Kredit foto: Instagram @masyitah_masya

         

Video

Kredit video: Youtube Rocketfuel Network

       

Sumber:

1. Masya Masyitah 
Ingin Tembusi China

2. Hijab Bukan Halangan Masya Masyitah

3. Masya Harap Tuah Halimunan

4. Jangan Kaitkan Saya Dengan Sufian - Masya Masyitah

5. “Ibu Kenal Kawan Saya, Lelaki Mesej Pun Dia Tahu” – Masya Masyitah

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)