Kredit foto: Instagram @zizieizette

Biodata

1. Nama penuhnya, Zizie Izette binti Abdul Samad. Popular sebagai Zizie Ezette.

2. Lahir pada 17 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

3. Berusia 41 tahun.

4. Anak kepada pasangan Abdul Samad Jaaman (bapa) dan Khaty Fauziah (ibu). Bapanya yang meninggal dunia pada 9 April 1995 kerana kanser kronik merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, manakala ibunya turut bergiat sebagai pelakon.

5. Empat adik-beradiknya yang lain juga adalah anak seni iaitu pelakon Shaheizy Sam (adik), Ahmad Shah Al-Jeffry atau Jeff (abang) bekas anggota kumpulan A to Z, Samzy Fuzette bekas pelakon yang kini terlibat dalam bidang perniagaan dan Jozieta Ronalie Abdul Samad.

6. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 1993.

7. Antara filem dibintanginya seperti Kekasih Awal Dan Akhir pada 1993 membawa watak pembantu sebagai 'Marlia' sewaktu kecil, Sama Tak Serupa pada 1995 juga sebagai pelakon pembantu dan Black Maria pada 1993 sebagai pelakon tambahan iaitu watak Suria.

8. Beberapa drama dilakonkannya seperti Cinderella, Suraya dan Hero Seorang Cinderella.

9. Diiktiraf Aktres Harapan di Festival Filem Malaysia ke-9 pada 1994 menerusi filem Kekasih Awal Dan Akhir, Aktres Terbaik di Anugerah Seri Angkasa RTM 1999 menerusi drama Alegori dan Aktres Terbaik Anugerah Skrin TV3 2001 menerusi Aduhai Esah.

10. Pada Disember 2009, beliau mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin. Awalnya perkahwinan mereka dikatakan tidak sah kerana tidak dipersetujui isteri pertama, namun mahkamah akhirnya memutuskan untuk mengesahkan pernikahan tersebut.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon zizie ezette 2

biodata dan latar belakang pelakon zizie ezette 3

biodata dan latar belakang pelakon zizie ezette 4

biodata dan latar belakang pelakon zizie ezette 5

biodata dan latar belakang pelakon zizie ezette 6

biodata dan latar belakang pelakon zizie ezette 7

Kredit foto: Instagram @zizieizette

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

Sumber:

1. Wikipedia

2. Myartis

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)