Kredit foto: Instagram @haniszalikha

Biodata

1. Nama sebenarnya, Hanis Zalikha binti Zainal Rashid.

2. Popular sebagai Hanis Zalikha. Nama panggilannya, Keknis.

3. Lahir pada 9 Oktober 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Anak kepada pasangan Zainal Rashid (bapa) dan Nani Rostam (ibu). Ibunya merupakan seorang model sekitar era 1980-an.

5. Anak kedua daripada tujuh beradik.

6. Menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan USJ 8 (1998) dan Sekolah Kebangsaan Seafield (1999-2002), Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield (2004-2006) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 (2007).

7. Pemegang diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor.

8. Bergelar penulis blog, model, pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

9. Kemunculannya sebagai pelakon di layar perak menerusi filem Momok The Movie, Gangster Celop dan Romeo Kota: Kes Fail Kriptik.

10. Di layar kaca dalam drama Memberku Hawa, Jodoh 2, Suamiku Encik Sotong dan Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa.

11. Juga telefilem Mariam Kampung Putat, Aku Benci Mama, Mama-Mama Mia dan Aku, Dia dan C70, termasuk web drama bertajuk Pertama Kali.

12. Pernah tercalon menerusi anugerah Most Influential Blog Award pada 2011 dan Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 pada 2014.

13. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon hanis zalikha 2

biodata dan latar belakang pelakon hanis zalikha 3

biodata dan latar belakang pelakon hanis zalikha 4

biodata dan latar belakang pelakon hanis zalikha 5

biodata dan latar belakang pelakon hanis zalikha 6

Kredit foto: Instagram @haniszalikha

Video

Kredit video: Youtube Meletop

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Inibelogsaya




Hakcipta iluminasi.com (2017)