Kredit foto: Instagram @yanasamsudin

     

Biodata

1. Nama penuhnya, Norliana binti Samsudin. Dikenali sebagai Yana Samsudin.

2. Lahir di Yong Peng, Johor pada 25 September 1984.

3. Berusia 35 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Anak kepada pasangan Samsudin Jamuri yang berasal dari Yong Peng dan Suhaily "Elly" Abdullah dari Serian, Sarawak.

6. Anak ketiga daripada lima orang adik-beradik.

7. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2003 sebagai pelakon, pengarah, penyanyi, penulis skrip dan pengacara televisyen.

8. Bakatnya digilap oleh syarikat penerbitan Metrowealth seawal kemunculannya pada tahun 2004, sebelum memilih untuk bergerak sendiri selepas berakhirnya kontrak pada awal 2014.

9. Antara drama dibintanginya seperti 3 Janda, Surat Dari Langit Biru, Dia Suamiku, Kalau Hati Ini Rama-Rama dan Qanun 99.

10. Termasuk telefilem Lu'Lu, Love Nora, Hatiku di Kinabalu, Lamaran Perfect dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar lebar, antaranya menerusi filem Adnan Sempit, Bini-Biniku Gangster, 3 Temujanji, Minyak Dagu, Wawa Semput dan Rise: Ini Kalilah.

12. Pernah muncul dengan sebuah album studio berjudul 'Ceria' keluaran tahun 2004 dan meledak dengan beberapa rakaman lagu, antaranya Aku Redha, Kisah Laguku, Hingga Hujung Nyawa dan Begini Caranya (duet bersama Shaheizy Sam).

13. Pemegang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23, Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 serta Heroin Terhebat di Anugerah Blokbuster 2011 dan 2012.

14. Mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari, adik kepada pelakon Farid Kamil pada 13 Februari 2015 dan sehingga kini perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aisy Mateen kelahiran 21 Julai 2016.

    

Fakta Menarik

  • Berketurunan Melayu, Jawa dan Bidayuh.
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Seni Layar daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Bekas peserta Bintang RTM di Melaka mewakili zon Selatan untuk peringkat suku akhir.
  • Pernah bergelar pengarah pada usia 23 tahun menerusi filem Selamat Pagi Cinta pada tahun 2008.

     

Foto

biodata dan latar belakang pelakon yana samsudin 2

biodata dan latar belakang pelakon yana samsudin 3

biodata dan latar belakang pelakon yana samsudin 4

biodata dan latar belakang pelakon yana samsudin 5

biodata dan latar belakang pelakon yana samsudin 6

Kredit foto: Instagram @yanasamsudin

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)