Kredit foto: Instagram Ardell Aryana

    

Ardell Aryana bukanlah nama asing dalam lapangan seni lakonan. Namanya mula meledak selepas membintangi drama Baby Ana Milik Siapa, Asam Pedas Untuk Dia dan Anakku Diva.

Kini Ardell kembali hangat diperkatakan selepas sah bergelar isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa pada 1 September lalu. 

Pada pertengahan tahun lalu, beliau menjadi tumpuan media apabila dilaporkan menghidap penyakit kanser tahap tiga.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nurul Hidayah binti Mohd Amin. Nama komersialnya, Ardell Aryana, namun lebih mesra disapa Ardel.

2. Kelahiran Kuala Selangor, Selangor pada 13 April 1990. Kini berusia 29 tahun.

3. Berketinggian 1.52 meter.

4. Kediamannya terletak di Seri Kembangan, Selangor.

5. Merupakan anak perempuan tunggal yang juga anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.

6. Kedua ibu bapanya sudahpun bercerai iaitu sewaktu dirinya masih kecil.

7. Pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Kolej Cambridge.

8. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai pelakon, pengacara dan model.

9. Antara drama dibintanginya seperti Jodoh musim pertama, Baby Ana Milik Siapa, Asam Pedas Untuk Dia, Anakku Diva dan banyak lagi. Termasuk telefilem Dodol Dodol Cinta, Titik Terakhir, Jodoh Wassap dan Khutbah Terakhir.

10. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem CCTV, Dorm Melati, Kolestrol VS Cinta, Surf This Love: Gelora Juara dan XX-Ray 3.

11. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan rancangan Extreme Road Trip yang berkonsepkan travelog, bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad pada tahun 2016.

12. Juga memegang peranan sebagai penulis skrip drama Penipuan Seorang Ibu.

13. Mula mengenakan hijab pada pertengahan 2017.

14. Pernah didakwa sebagai kononnya pengkid, namun dia menafikan tuduhan itu.

15. Disahkan menghidap kanser tahap tiga pada Jun 2018.

16. Beliau yang berkenalan rapat dengan pelakon Nadzmi Adhwa sejak membintangi drama bersiri Namaku Bedah pada tahun 2015, akhirnya memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dengan sahabat baiknya itu pada 1 September 2019.

    

Foto

ardell aryana kanser

ardell dan nadzmi

ardell aryana sakit

ardell aryana dulu

ardell aryana kahwin

ardell aryana ig

Kredit foto: Instagram Ardell Aryana

     

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

    

Sumber:

1. Wikipedia Ardell Aryana

2. Nadzmi Adhwa Jodoh Ardell Aryana

3. Ardell Aryana Sakit Kanser Tahap 3?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)